DALAM KES KU NAN , ADPAKAH KITA MEMPUNYAI DUA SISTEM YANG BERBEZA


 Pelbagai pihak ketika ini menggesa Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan yang tuntas mengenai penarikan semula kes rasuah yang melibatkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pembebasan kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan sogokan sebanyak RM1 juta secara tiba-tiba amat menghairankan memandangkan si pemberi rasuah telah pun dikenakan tindakan mahkamah tetapi tidak pada si pelaku (Ku Nan).

Pada 17 September 2019, Tan Eng Boon yang merupakan seorang ahli perniagaan telah mengaku bersalah memberi suapan sebanyak RM1 juta kepada Ku Nan.

Tan turut dikenakan hukuman denda oleh mahkamah sebanyak RM1.5 juta. Manakala bagi si penerima rasuah (Ku Nan) dilepas tanpa dibebaskan.

Adakah negara kita mempunyai dua sistem perundangan berbeza antara rakyat biasa dengan pemimpin politik?

Penarikan kes rasuah berprofil tinggi sudah pasti memberi persepsi negatif terhadap ekonomi.

Menurut Stephen Hagger, ketua ekuiti Credit Suisse Malaysia, pengguguran kes rasuah bernilai RM1 juta menimbulkan kerisauan syarikat perkhidmatan kewangan.

Pengguguran kes ini sudah pasti memberi impak kepada penurunan penarafan kredit oleh Fitch Rating Inc. Sedangkan kes Ku Nan merupakan kes kali ketiga yang “jelas” melibatkan kepentingan awam digugurkan.

Justeru, adakah berkemungkinan kes-kes lain melibatkan pemimpin UMNO iaitu Najib Razak, Zahid Hamidi, Isa Samad, Bung Mokhtar dan Azeez Abdul Rahim akan berakhir dengan pelepasan secara tiba-tiba?

AKMAL NASIR, KETUA AMK

16 Disember 2020.




No comments: