RUU 355, PANJANG PENGAYUH DARI PERAHU, BANYAK KERAK DARI NASI, BESAR TALI DARI BEROK.


Che Ibrahim. 





Ambo heran mengapa RUU 355 antara Rang Undang Undang (RUU) yang paling banyak diperbahaskan, tidak padan dengan Akta Ibunya iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).


Akta 355 ini hanya mengandungi peruntukan bidangkuasa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah. Ianya mengandungi 3 seksyen dengan 3 helai muka surat sahaja.


Hukuman asal yang diberikan kepada Mahkamah Syariah melalui Akta 355 ini ialah denda tidak melebihi rm1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua duanya sekali. Kuasa Hukuman ini telah dipinda pada tahun 1984 dengan menaikkan jumlah denda tidak melebihi rm5000, penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun dan sebat tidak melebihi 6 kali atau gabungan kepada hukuman hukuman tersebut. 


Pada tahun 2015, Pas melalui MP  Marang telah mengemukakan satu Notis Usul Persendirian (Private Bill) untuk meminda Akta 355 dengan mencadangkan jumlah hukuman dinaikkan kepada rm100,000, penjara sehingga 30 tahun dan sebat 100 kali. 


Semenjak itu usul persendirian ini telah menjadi satu polemik yang lebih dikenali sebagai RUU 355 walaupun ianya sekadar satu usul persendirian, belum lagi menjadi satu Rang Undang Undang (RUU).



No comments: