𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗞𝗔𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔





 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗞𝗔𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Adanya ADUN Rembia ni tidak menambah, tiadanya pula tidak kurang apa2. Ibaratnya, bagi free pun reject.


2.  Cuma saya tersenyum lucu dengan hukum hakam PAS yang berubah-ubah.


3.  Adun Rembia ini awal kerjaya adun dalam PKR (2018), kemudian umum jadi Bebas (2020), kemudian sertai UMNO (2021), Kemudian digantung 6 tahun kerana berkempen untuk PN (2023), hari ni katanya telah sertai PAS (2024). Cuma teknik backdated keahlian kononnya lulus sebelum undang2 tubuh Melaka dipinda agak melucukan.


4.  Keahlian UMNO adun ini digantung, BUKAN dipecat. Hanya hak2 dia sebagai ahli digantung sementara hingga tamat tempoh.


5.  PAS kira individu seperti ini akan menambah kekuatan. Saya tersenyum kerana yakin satu masa nanti PAS akan gigit jari.


6.  Jika kawan2 ditanya siapa sebenarnya ADUN Rembia ini, satu sahaja keyword yang biasa keluar: 'emotionally unstable'. Fe'elnya boleh berubah2 dalam sekelip mata, begitulah juga politiknya.


7.  Semasa Akta Lompat Parti digubal, PN-PAS sebolehnya mahu wujudkan kelompangan untuk membolehkan mereka memancing dan bermain2 dengan Katak Politik. Kelompangan itu yang memerangkap mereka sendiri dalam kes 6MP.


8.  Setelah TG Nik Aziz meninggal dunia, PAS semakin dekat dengan politik Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara yang disadur dengan doktrin agama.


9.  Semasa polimik 6MP di parlimen, saya awalnya berasa lega melihatkan MP PN-PAS berbahas sampai terkeluar anak tekak berhujah bahawa perbuatan lompat parti adalah perbuatan hina. Saya fikir, negara kita dah berubah dan semua sepakat menolak amalan itu.


10.  Tapi itulah PN-PAS. Mulanya haram, kemudian halal (Langkah Sheraton), kemudian haram (6MP), kemudian halal semula (Adun Rembia), kemudian nanti haram semula.


11.  Bila PAS keluarkan fatwa politik, itu bukan hukum agama sebenar, itu hanya mainan PAS menunggang hukum agama.


12.  Kali ini, saya teruja untuk lihat sikap Akmal KP Umno samada terserlah kejantanannya atau tercirit.



No comments: