TAK CAKAP TAK NAMPAK BODO



 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 ni kalau tak bercakap pun tak nampak cerdik. Sekali bila dia bercakap..., confirm!







Dah nak habis penggal dah. Dia masih lagi bercakap pasal peruntukan. Kali ni dia cadangkan peruntukan untuk ahli parlimen kerajaan pula 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗻𝘀𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻.


Dia tak sedar ke peruntukan tu untuk rakyat. Bukan untuk ahli parlimen belanja ikut suka hati. Agaknya dia fikir peruntukan tu macam elaun MP kot. Tu yang dia meroyan sangat tak dapat tu.


Itulah ciri orang ada 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶. Bila dia tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat.


Padahal MP pembangkang tak dapat peruntukan tu sebab masalah ego sendiri. Kalau ego 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗲𝗴𝗼 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀,, dah dapat dah peruntukan tu.


Dan atas sebab 𝗶𝗿𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶, dia keluarkan cadangan yang sebegini. Dia tak kisah kepentingan rakyat terjejas, asal dia puas. Macam ini cara lebai fikir. Ikut nafsu.


Tapi sebenarnya mamat yang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 ni mengulas cadangan daripada 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (MBM).


MBM cadangkan agar, antara lain, kaji semula 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 untuk MP sebanyak RM1,500 sebulan. Dan aku rasa ia adalah cadangan yang munasabah untuk dilaksanakan.


Iyalah. Kerajaan nak jimatkan bahan bakar. Kan bagus kalau dimulakan dengan ahli parlimen. Tapi agaknya itu yang buat budak Fadhli ni tak puas hati.


Marah la dia bila income dia 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗸! Itu yang dia mengarut beri cadangan sampai sanggup jejaskan kepentingan rakyat.


Tapi satu lagi cadangan MBM yang aku rasa PMX DS Anwar Ibrahim patut berikan perhatian. Iaitu buatkan subsidi diesel untuk kenderaan persendirian seperti pemberian subsidi petrol.


Daripada beri RM300 sebulan mungkin kerajaan boleh pertimbang untuk beri kuota 200 liter sebulan macam yang dilaksanakan untuk subsidi petrol RON95.


Rasanya itu lebih munasabah, lebih adil dan mampu mengurangkan rasa tak puas hati kalangan pengguna kenderaan diesel.


Yang pasti, MBM lebih cerdik dan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗼𝘁𝗮𝗸 dari lebai pemimpin PAS ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: