WALAU ANGIN BERTIUP KENCANG BERLAKUNYA PERUBAHAN, NAMUN PAHANG BUKANLAH TEMPAT UNTUK DIJADIKAN SALAH SATU NEGERI YANG AKAN JATUH KE TANGAN PH...ANGIN KENCANG PILIHANRAYA 2018 LALU SEPATUTNYA TURUT MERUBAH PAHANG..TETAPI TIDAK....PEMIMPIN LAMA DAN BEKERJA JUGA IKUT MUSIM...SUKAR MENCAPAI SESUATU YANG LUAR DARI KEBIASAAN.-WRLR
SAMBUTAN LUAR BIASA DI MENTAKAB MALAM TADI MESKIPUN HUJAN
Setelah kita bekerja keras sebelum program Jelajah PH Pahang
"Moh tukar" , Alhamdulillah, program malam tadi di Mentakab mendapat
sambutan amat baik.
Hujan yang mulai turun pada pertengahan program tidak memberi
kesan kepada semangat yang hadir memenuhi setiap ruang di perkarangan Pusat
Khidmat Adun Mentakab itu. Selain dari Pengerusi PH, Dato Seri Anwar Ibrahim
serta beberapa pimpinan PH pusat, turut berucap adalah pimpinan PH negeri
Pahang termasuk dari Exco AMK Pusat, Sdr Ahmad Saifullah Razali
yang berucap mewakili Ketua AMK Pusat.
Tahniah semua. Pahang harus tebus maruah setelah seorang dari
anak Pahang telah memalukan kita semua kerana telah dihukum penjara atas
kesalahan menyeleweng wang rakyat iaitu wang kita semua rakyat Pahang. Paling
menyedihkan, suami isteri turut terlibat menyamun. Maruah ini harus kita
kembalikan dengan menentukan parti pemimpin seperti ini terkubur dalam PRU15
ini.
WFAUZDIN NS