Seseorang individu yang
bergelar banduan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan di luar
penjara, menurut penjelasan Jabatan Penjara Malaysia.
Penjelasan
Jabatan Penjara tersebut berikutan dakwaan mengatakan bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak yang kini bergelar banduan mempunyai akses kepada dunia
luar selepas beberapa kenyataan dalam akaun Facebook peribadinya yang dilihat
aktif kebelakangan ini.
“Setakat
ini tiada apa-apa kenyataan yang boleh dikeluarkan oleh banduan dari dalam
penjara.
“Tidak
dibenarkan mengeluar apa-apa kenyataan, malahan surat yang dikeluarkan termasuk
dokumen yang dikeluarkan pun ditapis terlebih dahulu,” kata Pengarah Bahagian
Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Supri Hashim dipetik laporan BH
hari ini.
Terdahulu, media melaporkan
dakwaan kononnya Najib diberikan akses menggunakan telefon bimbit selepas
beberapa kenyataan dalam Facebook yang seakan-akan ia dikendalikan oleh
penjenayah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tersebut.
Supri
berkata, sebarang dokumen termasuk surat kepada keluarga, yang ingin dihantar
oleh banduan juga akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak penjara.
“Program
politik kita tiada kena mengena. Kita laksanakan tanggungjawab,” katanya.
Pada
23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan serta hukuman 12 tahun
penjara serta denda RM210 juta terhadap Najib dan kini sedang menjalani hukuman
di Penjara Kajang.
Terdahulu,
Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhammad menjelaskan tiada
kebenaran diberikan kepada Najib untuk keluar berkempen pada PRU-15 nanti.
“Keadaan
dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam
penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya dipetik
laporan media sebelum ini.