ADA PENGUNDI NAK BERKEMPEN SUPAYA JANGAN MENGUNDI CALON PH DI TITIWANGSA.

 

USAH PEDULI PERANGAI KERBAU SEKOR


Seusai solat jenazah ibuanda kepada Penasihat Keadilan yang juga bekas TPM Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis di masjid Mustakim Ampang tadi, saya dilingkungi beberapa orang yang sering mengikut penulisan saya baik di facebooks atau blog. 


Sambil bergambar, mereka masing-masing meluahkan rasa kesal dan marah kepada sikap dan ulah seorang pemimpin parti kerabat PH yang sering mengeluarkan kenyataan bercanggah atau pun boleh menimbulkan polemik. Mereka bertanya saya kenapa pemimpin itu bersikap demikian? 


Setakat menyoal, mungkin tidak ada masalah, tetapi ada seorang mencelah meminta agar pemimpin berkenaan yang katanya akan bertanding di Titiwangsa, agar tidak "diundi, biar dia kalah." Peluahan itu menunjukkan betapa marah oknum berkenaan kepada cara dan ulah pemimpin itu. 


"Saya tengok dia ini selalu jalan tempang, dan nampak sangat dia seperti tidak sukakan kepada Anwar dan lebih rindu Mahathir, apakah dia sudah tercalit cenual oleh Mahathir," katanya dengan nada geram.


Saya menenangkan oknum berkenaan agar tindakannya jangan sampai ke situ, "minta kalahkan", kerana dalam keadaan sekarang ini semua kerusi penting kepada PH. Jika tindakan itu diambil kerana tidak senang dengan tingkah lakunya, ia merugikan agenda lebih besar. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis sekandar tercemar. Anggap sahaja kerbau yang bawa lumpur itu kerbau "sinting". 


Agenda utama Piraum ke-15 ini memastikan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai perdana menteri. Keadaan waktu kini agak selesa dan berpeluang baik, usahkah diracau oleh marah kepada pemimpin yang saya sebut sebagai degil itu kerana ia boleh mengganggu agenda lebih besar. 


Dalam pada itu sekali lagi dinasihit kepada pemimpin berkenaan agar lebih berlunak dan bijak mengolah masa dan pandai serta kena pada tempat untuk menunjukkan ego sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang bijak itu tidak menimbulkan masalah kepada penyokong seperti gelagak yang anda lakukan itu. Trims.