WOIIIIIIII SEMUA .......NAJIB INGAT ORANG BODO CAM DIA...

 



Najib kata PH gila sebab tak mahu batalkan MoU. Kenapa Najib cakap macam tu? Kerana dia sedar MoU itulah yang menghalang UMNO untuk sabotaj kerajaan yang diterajui oleh UMNO sendiri.

Kalau tidak kerana MoU yang disokong oleh PH, rasanya UMNO sendiri dah tarik balik sokongan terhadap Ismail sebagai PM kerana Najib dan Zahid terlalu ingin dapatkan kuasa dan bebaskan mereka dari tuduhan di mahkamah.

Atas sebab itulah Najib keluarkan kenyataan ini. Ini bukan untuk pemimpin PH tetapi untuk penyokong supaya penyokong PH akan desak pemimpin PH untuk batalkan MoU. Selepas itu, PRU pun akan segera diadakan.

Sebab itu aku tak percaya Isnail akan jadi PM lagi kalau betul UMNO menang dalam PRU15 nanti. Aku yakin secara tiba-tiba Zahid atau mungkin Najib sendiri jadi PM. Benda dah berlaku di PRN Johor.

Aku begitu benci dengan kerajaan lembab dan bengap yang dipimpin oleh Isnail ini. Tetapi aku sokong MoU dikekalkan supaya PRU awal dapat dielak paling tidak sehingga Najib dan Zahid masuk penjara. Bukan lama pun lagi. Guane boh?

Raja Gelap