Projek Pisang Rakyat (PPR), Padang Besar.

Desa HM




Kenapa kami cetuskan idea ini?


✅️ Selepas melakukan program ziarah ke kampung2 sambil menyampaikan sumbangan pack makanan... kami melihat, banyaknya ruang2 tanah kosong di belakang2 rumah yg terbiar, dipenuhi lalang dan semak samun dan tidak dimanfaatkan.


✅️ Kami mula memikirkan, bagaimana utk membantu mereka agar tanah2 itu dpt dimanfaatkan dan memberikan sumber ekonomi kpd mereka.


✅️Kami memilih pisang kerana, itulah satu2nya tanaman yg paling mudah. Pacak dan tinggal pun, akhirnya tetap akan berbuah. Cuma kualiti dan berat buah shj yg berbeza. Tak perlu nak kerap membaja, meracun dan mengawal serangga perosak mcm tanaman2 lain...


✅️Kami buat culculation ringkas. Kalau bantu dgn memberikan anak benih terbaik, setiap pokok boleh menghasilkan tandan pisang yg baik. Setandan pisang yg sederhana baik, boleh dpt minima 20 kg/tandan.


✅️Dgn mengambil kira harga tolak RM 2.50 sekilo (paling rendah), setiap pokok boleh menghasilkan RM 2.50 × 20kg = RM 50.00.


✅️Sebuah rumah atau satu keluarga, akan dpt 20 pokok. Bermakna selepas 8 bulan, peserta tsb akan dpt hasil sebanyak RM 50.00 × 20 tandan = RM 1000.00. 8 bulan tempoh yg ideal utk pokok yg menggunakan benih tisu kultur.


✅️Setiap anak pokok akan melahirkan anak2 baru. Peringkat slps 5 bulan ditanam, hanya satu anak dibenarkan hidup. Selepas 8 bulan induk pertama dah tuai hasil, anak kedua akan mula mengeluarkan jantung. Begitulah kitaran. Hanya sampai anak yg ke tiga shj dibenarkan sblm rawatan tanah dilakukan.

Bererti, dari satu pokok asal, peserta akan dpt tambahan lagi 2 pokok. Ini menjadikan keseluruhan dari mula sehingga tamat satu pusingan, mereka menanam keseluruhan sebanyak 60 pokok.


✅️Keseluruhan, kalau dgn mengambilkira RM 50.00 setandan × 60 pokok, setiap peserta akan mampu utk memperolehi pendapatan sebanyak RM 3000.00 utk tempoh masa selama 14 bulan (8 bln + 3bln + 3 bln)


✅️Itu utk pendapatan, sekiranya penjagaan biasa2. Kalau cukup baja, cukup penjagaan, satu tandan pisang gred A++ boleh menghasilkan antara 40 ke 50 kg setandan.


So, sebagai kesimpulan...


Pertama, 

kami dpt bantu rakyat. Nak bantu dgn duit, kami bukan jutawan. Nak bantu dgn bakul makanan, berapa hari boleh kekal.


Kedua, kami dpt bantu negara dan kerajaan. Kurangkan jumlah import pisang.. sekaligus, bantu duit kita utk tidak mengalir keluar. Skrg, negara masih import lebih 50% pisang terutama dari Filipina dan Thailand.. 

Tanah kita, kita biarkan naik semak samun... lps tu, nk mkn pisang pun kena bwk masuk dari siam!


Bantu setakat yg kami mampu.


Benih dlm tapak semaian di Pdg Besar, ada 2,000 anak pisang berangan, dan dari Selangor Fruit Valley, ada 2,700 yg akan di bawa balik ke Pdg Besar.


Target utk first round... kami akan cuba penuhi kouta 20,000 anak pokok percuma, khusus utk asnaf, ibu tunggal, OKU, warga emas dan warga B40...


Doakan....


#KamiAmanah 

#TerusBekerja 


❤️❤️❤️❤️