Pas era ATGNA..
Kata2 seorang TOK GURU mutiara tidak ternilai.Ia sentiasa
mengajak manusia arah kebaikan.Terungkainya sempadan ilmu dan amal.
Banyak pemimpin bijak berkata2.Hakikatnya sekadar menari
dibibir.Bila berhadapan dng realiti mereka rebah dan tersungkur.Apa yang dikata
sekadar retorik.Mereka tidak mampu mengotakan apa yang dikata.
Terlebih malang golongan TOK GURU bersekongkol melindungi
kezaliman,kemungkaran dan pembohongan.Hukum Allah berubah2 demi kepentingan
politik mereka.
Jawatan dan gelaran Dato' idaman utama sahinggakan ada usul dlm
mesyuarat parti.Amat bertentangan dng dasar ilmu tasawuf.Penyakit gila dunia
menjatuhkan mertabat orang ALIM.
Godaan habuan dunia memerlukan kekuatan ilmu dan amal.Allah
sentiasa menguji hamba2nya dari berbagai sudut setaraf kuasa yang ada.Silap
langkah mereka terjerumus menjadi hamba mencari kemewahan,kedudukan dan
pangkat.
ATGNA berjaya membina satu persepsi kearah jalan dakwah gabungan
politik ilmu dan amal.Akhirnya sampai ketahap ZUHUD dng memandang kuasa dunia
hanya sementara malah punca segala penyakit.
Masyarakat bukan Islam cukup kagum kehebatan ATGNA mengotakan
apa dikata.Sekali gus falsafah Islam yang merangkumi siasah Islamiah,
syariat,usul fiqh dan Fikrah berpolitik tidak secara langsung dihayati
sepanjang memimpin gerakan Islam.
Beliau tidak bersandar kpd politik Asobiah bangsa malah menjadi
musuh kpd dasar tersebut.Islam untuk semua umat.Peranan dakwah menjadi
keutamaan mengajar umat manusia dari jahil kpd faham.Untuk apa kita berbalah
dng umat bukan Islam sedangkan kita KALIFAH atas muka bumi ini.Jangan jadikan
ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN retorik satu ungkapan menari dibibir sahaja....Raja Laut