Saranan KJ & Ahli2 Perniagaan bukan kerana Anwar
BAHAYA EKONOMI NEGARA JIKA DI BAWAH PN
Hari ini saya ingin mengulas dalil kenapa kerajaan PN wajib
dijatuhkan tanpa menggunakan nas dan hadis kerana hujah tersebut hanya boleh
digunakan oleh pemimpin-pemimpin parti syurga. Ia bukan soal Anwar tetapi siapa yang
mampu menyelamatkan negara.
Bukan hanya kerana Muhyiddin tetapi barisan kabinetnya juga
gagal bekerja dgn baik sebagai Menteri kerana himpunan Menteri Muhyiddin
disusun bukan kerana kemampuan tetapi siapa yang menyokong.
KJ yg terkenal sikap berterus terang dan profesional mahu PN
diserahkan kpd PH... tapi kerana kegagalan kerajaan PN telah membuatkan beliau
bersuara walaupun kini bergelar Menteri. Begitu juga luahan ahli perniagaan
Malaysia yg tidak berani bersuara tetapi tahu kerajaan ini sgt lemah. Malangnya
sunggu kita mendapat Menteri Ekonomi yg tidak tahu buat kerja... hanya
memberikan ekonomi utk MP2 sahaja.
Bermula dari Muhyiddin... KJ tak tahu ketidakmampuan Muhyiddin
Malaysia ke arah lebih cemerlang. Ketika Korea, Singapuara, Thailand, Vietnam
sdg pesat mengembalikan ekonomi mereka Malaysia masih sibuk kerajaan
meruntuhkan satu persatu negeri di bawah kerajaan PH dan meletakkan isu Covid
sepenuhnya kpd Pengarah Kesihatan, Tan Sri Nor Hisham.
Muhyiddin tidak mempunyai hubungan baik dgn pemimpin negara2
luar samada barat mahupun Arab. Malah sehingga kini selepas 8 bulan Muhyiddin
tidak berani berhadapan dgn wartawan tempatan apatah lagi antarabangsa.
Muhyiddin bukan intelektual dlm berfikir dan ia diakui ramai pemerhati politik.
Azmin Ali yg diharapkan menjaga ekonomi negara dari zaman PH
hingga PN fail 100% utk membangunkan ekonomi negara. Dia lebih sibuk ke sana ke
sini bersama PM2 Malaysia. Kerjanya membodek dan mengatur langkah mencuri MP
dan menjatuhkan kerajaan negeri. Mahu melihat dia membawa pelabur jauh
sekali...malang sekali.
Menteri Kesihatan Adham Baba pula dilihat antara Menteri yg
paling gagal dlm sejarah Malaysia. Dia ditolak mentah2 oleh rakyat kerana
dilihat tidak berkemampuan utk jawatan sebagai Menteri Kesihatan. Meletakkan
tanggungjawab Covid19 sepenuhnya kpd Pengarah Kesihatan adalah sikap tidak
bertanggungjawab.
Menteri Pengajian Tinggi... Raja Tik Tok, Noraini sebelum ini
dilihat mengambil sikap 'play safe'. Tidak mahu mengambil risiko. Jika dahulu
beliau segera mengarahkan pelajar pulang dari IPT dan terbaru sekali lagi
mengarahkan pelajar pulang kembali ke rumah masing2 begitu sahaja. Apa salahnya
diarahkan IPTA2 bertanggungjawab menguruskan kepulangan pelajar2 terbabit.
Timbul persoalan di kalangan ibu bapa adakah pelajar berumur 7
tahun hingga 17 tahun yg jumlah berkali ganda dari jumlah pelajar IPTA itu
lebih bijak mengikuti SOP berbanding remaja intelektual. Patut IPTA dgn
menyuruh jalankan SOP yg ketat... setakat ini hanya saran remaja 'Tik Tok.'
KJ (UMNO) dan Nicole ( MCA ) pernah memberitahu pemimpin PAS
tidak layak menjadi PM dan TM. Memang benar lihat sahaja Takiri bukan sahaja
sombong melanggar SOP malah isu tentang minyak kelapa sawit beliau terus
membisu. Tuan Ibrahim pula hanya bijak bermadah dan Hadi Awang kita tak tahu
apa fungsi beliau sebagai Menteri Duta Khas Timur Tengah selama ini.
Kita mahu Muhyiddin segera serahkan kerajaan ini kpd yg hak, kpd
yg berkemampuan secara bermaruah kerana dia sudah kehilangan majoriti. Malah
Menterinya sendiri menyarankan beliau secara bermaruah serahkan kembali
kerajaan mandat rakyat ini kpd PH.
Kerajaan membazir ini hanya utk membeli jiwa pemimpin utk
pertahankan kerajaannya dilihat sebagai kerajaan yg hanya pentingkan diri
sendiri, syok sendiri dan hanya utk keseronokkan pemimpin dan bukan kepentingan
rakyat. Kabinet Muhyiddin terbanyak dlm sejarah Malaysia hanya utk puaskan MP
yg menyokongnya sehingga rakyat tak kenal nama Menteri apatah lagi Tim Menteri.
Muhyiddin mesti berjiwa besar utk rakyat bukan pentingkan diri sendiri. Muhyiddin jgn bimbang kerana dia cukup mengenali Anwar yg bukan jenis berdendam atas kapasiti peribadi malah tawaran Anwar utk Muhyiddin bekerja dgnnya ia satu sifat pemaaf yg ada pada jiwa pemimpin yg hanya ingin menyelamatkan Malaysia.