Hishammuddin mahu BN bersedia jadi pembangkang
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
22 NOV 2022
SHAH ALAM – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mahu BN berperanan sebagai pembangkang sekiranya tiada kata putus yang diperoleh bagi membentuk kerajaan.
Menurutnya, beliau juga bersedia menjadi pembangkang di Dewan Rakyat dan menegaskan dalam apa jua formula atau rundingan, pendiriannya jelas dan tidak akan berkompromi.