Shahir
Esok (11 November 2025) Kerajaan akan menerbitkan hutang baru bernilai RM5 bilion dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) patuh shariah. (Rujuk Gambar 1)
Ini akan menjadikan jumlah hutang Kerajaan yang diterbitkan tahun ini mencecah RM158.5 bilion dengan mengambil kira hutang lama yang ditebus/dibayar semula berjumlah RM83.477 bilion maka jumlah pinjaman baru bersih Kerajaan mencecah RM75 bilion. (Rujuk Gambar 2)
Seperti tahun lepas (2024) di penghujung tahun Kerajaan tidak lagi banyak meminjam atau menerbitkan hutang baru kerana tidak ada lagi hutang lama yang perlu dibayar semula/ditebus dan sasaran defisit fiskal sudah semakin hampir dan pinjaman RM5 bilion melalui GII esok mungkin pinjaman kedua atau ketiga terakhir untuk tahun ini bergantung kepada keperluan Kerajaan.
Sebagai peringatan, Kerajaan hanya meminjam untuk 2 perkara:
1. Membiayai perbelanjaan pembangunan
2. Membayar balik/menebus hutang lama
Setiap tahun pinjaman atau penerbitan hutang Kerajaan sudah dirancang lebih awal mengikut sasaran defisit fiskal dan keperluan pembiayaan Kerajaan malah Kerajaan akan menerbitkan jadual lelongan (Auction Calendar) bila dan berapa hutang Kerajaan akan diterbitkan.
Tidak timbul isu Kerajaan tambah hutang senyap-senyap, sorok-sorok atau tiba-tiba.
Pinjaman atau hutang baru bersih juga perlu mengambil kira hutang lama yang perlu ditebus dalam tempoh setahun.
Dah kurang sikit pakar putar alam dan pakar-pakar lain mainkan isu hutang Kerajaan sebab dah takde modal dan kononnya Kerajaan tambah hutang melebihi sasaran defisit fiskal terbukti tak betul.
Kena cari modal lain.


No comments:
Post a Comment