MAK DATIN MINAT


Zainuddin Omar




 Saya tak kenal Haidar Hasanudin ini tapi agaknya Mak Datin minta dia jadi personal shopper kot. 


Hari-hari makan berita Man City, Man United, LFC dan Arsenal pun boring juga, kita masukkan cerita sensasi kesukaan rakyat Malaysia. 


Ahaks Aloha. 


*************

Pelakon Haidar Hasanudin tidak mudah gelap mata dengan kemewahan ditabur seorang wanita berstatus mak datin.


Kata Haidar, bermula dari hanya sebagai peminat, mak datin itu semakin berani menawarkan RM50,000 serta ingin menghadiahkan sebuah kereta sekiranya dia sudi menjadi ‘teman rapatnya’.


“Semuanya bermula ketika saya membawakan watak 'anak ikan' bernama Arjuna dalam drama bersiri Layang Layang Perkahwinan. 


“Ketika drama itu ditayangkan, dia ikut saya di Instagram dan hantar mesej langsung (DM).


“Pada awalnya, dia sering beri komen fasal drama, lama-kelamaan, keadaan bertambah pelik apabila dia mula bercakap soal peribadi dan saya terkejut sebaik ditawarkan kemewahan,” katanya.


Bagaimanapun, Haidar, 35, enggan termakan godaan tersebut sebaliknya dia tekad untuk mencipta nama dalam karier lakonan melalui hasil titik peluh sendiri.


Justeru pelakon I Love You Stupid (ILYS) itu enggan berhenti dari bidang yang diceburi semata-mata hanya kesenangan yang diperolehi dalam sekelip mata.


“Kalau nak kesenangan, mungkin saya dah terima tapi saya tidak mahu apa yang saya usahakan selama ini tidak berhasil.


“Saya mula dikenali sebagai pelakon dengan bermula dari bawah, kalau saya berhenti kerana wang atau kemewahan, sia-sia sajalah segala susah payah saya selama ini. 


“Penyebab utama saya berlakon adalah minat, bukannya wang,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri terbaru Astro Ria, Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur semalam.


Mengulas lanjut mengenai tawaran Mak Datin itu, Haidar berkata, dia memilih pendekatan selamat demi memelihara periuk nasinya.


“Saya tidak melayan mesej yang sering diberikan kerana bimbang ia akan melarat,” katanya.


Mengulas pembabitannya dalam drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi - yang bersiaran di Slot Megadrama Astro Ria bermula 27 Mei ini - Haidar berkata, dia membawakan watak sebagai Cikgu Safuan.


Katanya, watak itu merupakan pengalaman pertama dia membawa watak sebagai guru. 


“Saya bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama popular seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Ozlynn, Nina Juren, Arash Mohd dan ramai lagi.


“Berlakon di bawah arahan Hadith Omar beri saya pengalaman baru dan saya berdebar menantikan reaksi peminat memandangkan drama itu adalah adaptasi novel. 


“Saya juga berharap drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat,” katanya