𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝟮 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛?



✍️  Ahmad Mursi 


1. Exco Kelantan tidak menjawab soalan yang ditanya di DUN: berapa banyak kes yang didakwa di bawah 16 kesalahan Enekmen Jenayah Syariah Kelantan yang lulus sejak 2019.


2. Malah YB Ust Asri Daud membalas dengan bertanya pendirian ADUN Kota Lama, YB Dr Hafidzah berkenaan keputusan Mahkamah membatalkan 16 seksyen kerana pertindihan bidangkuasa.


3. PAS mahukan lebih banyak bidangkuasa gubal undang2 untuk negeri, tapi mereka tidak mampu kuatkuasakan Undang2 Jenayah Syariah yang sudah diluluskan DUN.


4. Kenyataan ketua hakim negara, polis dan KKM menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang membimbangkan khususnya berkaitan kesalahan seksual di Kelantan.


5. Hakikatnya, kerajaan negeri mempunyai kewangan yang terhad untuk membina pasukan penguatkuasa dan penyiasat yang besar dan terlatih di Jabatan Agama sebagaimana peranan yang dimainkan oleh polis.


𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗦, 𝗣𝗔𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗨𝗠𝗨𝗗


6. Masalah sebenar ialah, pemikiran PAS yang anggap hanya undang2 di negeri sahaja Islamik dan Undang2 Persekutuan pula 'tidak Syariah'. Padahal itu tidak benar.


7. PAS cuba 'sekularkan' kehidupan rakyat dengan hal ehwal yang lebih luas diperingkat persekutuan.


8. Saya tidak nampak bagaimana undang2 jalanraya (sebagai contoh) 'tidak memenuhi kaedah Al-Quran dan Hadith' seperti dakwaan PAS walhal Islam hanya meletakkan kaedah asas dan selebihnya adalah terpulang kepada pemerintah.


9. Perbezaan enekmen2 syariah di 14 negeri yang sedia ada sudah cukup memeningkan. Bayangkan jika bidangkuasa jenayah yang lebih luas diagih kepada 14 Negeri.


10. Di satu negeri menjadi satu kesalahan, di negeri lain pula tidak menjadi kesalahan (seperti kes Qazaf-Liwat). Peguam perlu dapatkan lesen dan perbaharuinya di setiap negeri untuk praktis.


11. Sepatutnya usaha penyelarasan di peringkat persekutuan menjadi fokus dan pilihan terbaik dan memenuhi maslahah syarak dengan syarat mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.


𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝟮 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗗𝗜 '𝗣𝗜𝗟 𝗔𝗝𝗔𝗜𝗕' 𝗣𝗔𝗦


12. Perjuangan 'menegakkan undang2 syariah' dikatakan menjadi 'matlamat tertinggi' dan 'NYAWA PAS' untuk menarik sokongan.


13. BUKANNYA terletak kepada usaha bangunkan ekonomi, menyediakan peluang kerja, hapus kemiskinan Kelantan yang masih kedua tertinggi di Malaysia, sediakan air bersih, didik rakyat dengan kebersihan, kekang jenayah melalui pendidikan dan program sosial dan agama.


14 YB PAS dilihat jahil bila bercakap isu ekonomi seperti ucapan YB PAS Pasir Mas bahawa kadar inflasi Kelantan (0.9%) lebih baik dari paras Nasional (1.5%). Walhal itu lambang ekonomi Kelantan yang perlahan dan kadar pengangguran pula masih tinggi.


15. PAS anggap dengan undang2 sahaja boleh menjadi 'pil ajaib' untuk bina kesejahteraan dan selesaikan kesemua masalah rakyat padahal Undang2 hanyalah pelindung kepada kemakmuran yang juga perlu usaha keras dan pemimpin yang cekap untuk dibina.


No comments: