AHLI PKR GESA GUNA LOGO PARTI DAN TIADA HALANGAN BAGI PH. YANG LAIN JANGAN DOK KALUT-BERANI MASUK BERTANDING







Nik Nazmi 

ilSon2sl6g211eg20d1h  · 

Pakatan Harapan telah putuskan parti komponen boleh pilih untuk guna logo parti atau logo PH.

KEADILAN telah pilih untuk guna logo parti untuk PRN Johor.

Keputusan ini diterima baik oleh AMANAH dan DAP.

Ada beberapa sebab kami putuskan begini.

Pertama, akar umbi dan penyokong parti rata-rata gesa logo parti diguna. Kami kerap dengar logo PH, baik atau buruk, terlalu terkait pentadbiran PH pada 2018-2020.

Betul pentadbiran itu ada kejayaan, tapi banyak juga kekurangan. Ini termasuk mengukuhkan kumpulan ‘kartel’ dalam KEADILAN yang bersekongkol dalam Langkah Sheraton, yang akhirnya menumbangkan PH. Adil atau tidak, logo PH simbol era itu.

Kedua, logo KEADILAN lebih dikenali pengundi berbanding logo PH. Mana-mana pakar marketing akan kata betapa pentingnya jenama itu dikenali. Ini faktor penting di kerusi separa bandar, yang sering ditandingi KEADILAN.

Penting kita ingat logo PH hanya diperkenal pada 2017, lepas BERSATU sertai. PH tubuh pada 2015. Lambang anak panah itu tak semestinya sebahagian dari identiti asal - kita bergerak 2 tahun tanpa logo ini.

Ketiga, logo PH tak banyak membantu pada PRN Melaka. Ramai yg kata pengundi tak kenal logo PH berbanding logo ‘dacing’ BN.

Banyak kisah mcm mana pengundi susah nak kenal logo pada kertas undi, sampai YB Teresa dari DAP pun mengaku dan bangkit isu ini di Parlimen

Keempat, logo KEADILAN diguna semua parti dalam PH pada PRU14, dan kesannya amat baik. Walaupun diserang bertubi-tubi selama ini, PH tetap menang PRU14 dengan logo KEADILAN. Logo PH, kalau nak dibandingkan, belum diuji di peringkat nasional.

Akhir sekali, parti PH memang fleksibel dalam isu logo. 3 contoh: KEADILAN guna logonya sendiri pada PRK Sg Kandis (2018); DAP pula guna logo roket pada PRK Sandakan (2019)

Malah pada PRN Sabah yg lalu, DAP dan AMANAH telah guna logo WARISAN, walaupun WARISAN bukan sebahagian dari PH. KEADILAN tidak bantah waktu itu, dan kali ini DAP dan AMANAH pula tidak bantah keputusan KEADILAN untuk PRN Johor.

PH kekal utuh dan padu dalam menghadapi PRN Johor dan dalam mempertahan hak rakyat Malaysia. Isu logo ini soal strategi dan taktik dalam usaha kami mencapai keputusan

terbaik

, inshaAllah.