Teong Kim cabar TMJ berikan pasukan untuk dilatih

 

Teong Kim cabar TMJ berikan pasukan untuk dilatih


Lim Teong Kim terus mempertahankan kenyataannya bahawa dakwaan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengatakan beliau meminta gaji setinggi €70,000 hingga €80,000 (RM300,000 – RM340,000) sebulan adalah tidak benar.

Ia dibuat menerusi komen balas di ruangan Instagram yang sama di mana pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membidas Teong Kim yang turut mempersoalkan kemampuan kewangannya sehingga mampu membeli kereta mewah.

“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Kamu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan saya sebagai jurulatih. Saya cabar kamu berikan saya pasukan untuk dilatih,” ujar bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu.

Komen itu mungkin dibuat selepas TMJ mendakwa Teong Kim belum pernah mempunyai pengalaman mengendalikan mana-mana pasukan senior baik di peringkat kelab dan  pasukan kebangsaan sebelum ini.

Maka permintaan gaji harus direndahkan dan bersedia untuk membantu bola sepak negara dari segi pembangunan.

“Untuk sistem pebangunan boleh… tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,” kata TMJ.

“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”

Sejak meletak jawatan sebagai Pengarah NFDP, Lim Teong Kim kini telah kembali ke Jerman dan merupakan antara individu yang paling lantang mengkritik FAM dan sistem bola sepak negara.


No comments: