Sayangi Negaraku
PDRM Harus Ambil Tindakan Keras Komplot Guling Kerajaan YPDA
1. Tun M dan Tun Daim bersama sekumpulan ahli semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan.
2. Jurucakap mereka pula terus ditaja untuk Menghasut rakyat menggulingkan kerajaan YPDA.
3. PDRM dan pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap segala komplot mereka.
4. Undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Hasutan perlu digunakan untuk menyiasat dan mendakwa mereka.
5. KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) Seksyen 505 - Kenyataan-kenyataan yang Mendatangkan Khianat Awam juga boleh digunakan kepada kumpulan yang kini giat merancang siri pembelotan terhadap YDPA.
6. Segala komplot ini bukan sahaja memiliki unsur pengkhianatan dan penghinaan kepada YPDA malahan turut adalah satu ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara.
7. Kesemua ini adalah adalah perkara serius yang akan memberi risiko kepada ekonomi negara. Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 427 - Melakukan khianat sehingga menyebabkan kerugian berharga sebanyak dua puluh lima ringgit.
8. Jurucakap yang sengaja melakukan provokasi yang boleh memecahkan keamanan awam pula boleh didakwa Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
9. Penyebar - penyebar yang terus menyebarkan sebarang berita yang akan mengancam kestabilan negara pula perlu didakwa atas Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
10. Oleh sebab itu , pihak PDRM dan semua agensi berkaitan perlu tegas memulakan tindakan siasatan , tangkapan dan pendakwaan.