JAHAT JUGA PARTI PAS YA...INGAT BAIK SANGAT...TAPI KAU PUN ADA MASAALAH..MAKAN ANGIN KATA BAWA PELABURAN BILLION BILLION...BAWA JANDA TU YANG TERANGKAT

 


Panas! Ada ‘pihak tertentu’ dalam Pas keluarkan nama Khairuddin dari senarai Jemaah Menteri, lapor portal



Panas! Ada ‘pihak tertentu’ dalam Pas keluarkan nama Khairuddin dari senarai Jemaah Menteri, lapor portal


PAS mengugurkan nama Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada dilantik sebagai menteri dalam senarai anggota Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Khairuddin adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komditi (KPPK) di dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, nama beliau pada awalnya turut tersenarai dalam Jemaah Menteri yang baharu bagaimanapun dikeluarkan berikutan arahan ‘pihak tertentu’ di dalam parti.

Berdasarkan reaksi netizen di media sosial, rata-rata hairan apabila Khairuddin yang dianggap antara ‘menteri yang bekerja’ digugurkan dari senarai Jemaah Menteri.

Ismail Sabri semalam mengumumkan senarai Kabinetnya selepas memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kuota PAS kekal dengan tiga menteri dan lima timbalan menteri, namun, portfolio milik PAS telah bertukar dari KPPK kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) apabila Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad dilantik menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang digugurkan daripada senarai Kabinet kali ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.

Antara menteri dan timbalan menteri PAS yang masih kekal ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar dan Air); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dan Timbalan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Mohamed @ Hashim.

No comments: