CEMBURUNYA SI NUSI-DIA APA PUN TAK BOLEH BUAT DI KEDAH.

 


Tersebar cerita Sanusi kutuk DS Anwar berucap di UNGA dan memberi khutbah Jumaat di Pusat Islam New York City. Pada asalnya aku malas nak ambil peduli. Kita pun tahu Sanusi tu jenis macam mana. Tapi ada juga yang minta aku ulas.


Sebenarnya tak ada apa nak ulas. Perbuatan Sanusi tu tak lain hanya kerana rasa cemburu yang amat sangat terhadap DS Anwar. Sebab bukan saja dia sendiri, bahkan yang dia panggil Tok Guru pun tak dapat penghormatan sebegitu.


Rasanya kita semua pernah ada kawan yang jenis dia je lebih. Apa kita ada, dia ada lebih baik. Kalau jelas yang kita ada tu lebih baik, dia tetap kondem juga. Tetap kata yang dia punya tu paling hebat.


Contoh macam kereta. Kita pakai Alphard. Dia pula pakai Nissan Vanette. Dia punya cemburu, dia akan kata Alphard ni kuat minyak, roadtax mahal, bahaya sebab tak sedar bawak laju, apa saja dia akan kata sebab nak tunjuk Vanette dia lagi baik.


Ingat tak lagi filem Bujang Lapok, scene Sudin dan Jeton bawah sampan? Sudin kata bahaya kahwin dengan orang kaya. Sebab orang kaya ke sana sini naik kereta laju-laju. Senang kemalangan. Nanti Jeton cepat jadi janda.


Lagi satu, kahwin dengan orang kaya tak dapat naik kolek sebab badan berat dengan barang kemas. Kalau terbalik, Jeton akan mati lemas tak dapat nak berenang sebab barang kemas. Sebenarnya Sudin nak perdayakan Jeton. Sebab dia miskin, tak dapat nak tandingi orang kaya tu. Itu saja caranya agar Jeton tak tinggalkan dia dan kahwini orang kata tu.


Haaa... Macam tu la Sanusi. Sebenarnya dia resah sebab dari segala segi dia dan segala pemimpin PN tak dapat tandingi DS Anwar. Jadi apa lagi dia nak buat? Terpaksalah cerita buruk. Yang akhirnya dia sendiri yang terlihat sebagai bodoh.


Jadi tak usah layan. Abaikan saja. Rakyat yang tahu berfikir akan rasa meluat dengan kelaku sampahnya itu. Walaun percaya tu biarkan saja. Walaun tu dah memang ditakdirkan takkan cerdik selamanya. Jadi biarkanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


2 comments:

Anonymous said...

Bezanya ialah lewat dengan tak lewat.

Anonymous said...

Jiwa dia sakit ni... kasihan kat dia, hari hari duduk ratib DSAI DSAI DSAI