Bukan beras plastik lah



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SANDAKAN - Rakaman video dari seorang individu yang mendakwa beras terdapat campuran plastik di sebuah kedai runcit tular di media sosial sejak ahad. 


Rakaman video yang berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan seorang individu bertindak menggumpalkan nasi menjadi bebola kecil dan melemparkannya ke atas lantai kedai runcit berkenaan.


Melalui perkongsian video yang tular itu mencetuskan kebimbangan dan pelbagai spekulasi dari orang awam. 


Ketua cawangan KawalSelia Padi dan Beras (KPB) Sandakan Saiful Nizam Adnan bergegas ke lokasi selepas menerima aduan daripada pihak peruncit yang tular.


"Pihak peruncit dan pembekal jenama tersebut telah tampil ke pejabat ini membuat aduan secara rasmi berkaitan komen komen negatif dan kerisauan pengguna terhadap penularan video tersebut.


"Pihak KPB telah menjalankan siasatan berkaitan dakwaan ini dengan melakukan pengambilan sampel beras di premis peruncit dan pembekal untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisa. 


Pihak KPB menangkis sama sekali menangkis dakwaan terhadap beras import di pelabuhan, bernas akan membuat ujian makmal terlebih dahulu bagi memerika keselamatan beras tersebut serta sijil juga perlu dikemukakan oleh negara pengeksport. 


"Proses ini amat dititik berat untuk setiap kemasukan beras import ke negara ini bagi menjamin keselamatan terhadap beras yang merupakan makanan RUJI oleh rakyat di negara ini. 


"Pihak KPB tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kegusaran awam terhadap isu keselamatan makanan negara. 


"Tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab berkaitan beras atau menyebarkan sebarang maklumat palsu tiada asas kukuh seperti yang didakwa di media sosial. 


"Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 Akta 522,"jelasnya.


Sementara itu, pihak Sabarice merupakan pengeluar beras yang tular itu juga mengeluarkan kenyataan penafian atas atas video tersebut. 


"Kepada pengguna-pengguna setia beras jenama Sazarice, pihak kami ingin menegaskan dakwaan daripada isu viral beras plastik adalah tidak benar. SAZARICE sentiasa memastikan kualiti beras yang terbaik untuk semua produk-produk jenama Sazarice.


"SAZARICE menjamin kualiti beras keluaran pihak kami hanyalah yang berkualiti dan mematuhi piawaian yang telah diktiraf oleh HALAL, HACCP dan ISO 9001.


"Orang ramai dinasihat untuk tidak mudah terpengaruh dengan berita tidak benar atau menyebarkan maklumat palsu tanpa pengesahan daripada pihak berkuatkuasa yang boleh menggugat ketenteraman dan kegusaran kepada awam. 


"Pihak SAZARICE tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang cuba memburukkan nama baik Syarikat,"ujarnya.


-- Sandakan Viral Kini Nation Times



No comments: