Oleh MALAYSIA DATELINE / February
9, 2022
Selepas siap dibina pada
2001, Menara TM yang merupakan aset milik Telekom Malaysia Bhd (TM) dijual pada
harga yang tidak didedahkan.
Khabar penjualan
pencakar langit rekaan Hijjas Kasturi itu tersebar apabila sebuah akhbar
berbahasa Inggeris mengeluarkan satu iklan tersebut hari ini.
Iklan itu memaklumkan
tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan bangunan dengan 55 tingkat itu
adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac depan.
Bangunan ikonik berdekatan
Universiti Malaya (UM) itu dibina sebagai bangunan pejabat lengkap dengan
helipad menawarkan menara pejabat berkeluasan 989,000 kaki persegi.
Menurut iklan itu lagi, Menara TM juga memiliki pusat konvensyen
seluas 92,431 kaki persegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat
fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid.
Terletak di pusat koridor KL Sentral-Bangsar, menara berbentuk
rebung itu juga mempunyai lebih 1,700 lot parkir selain berdekatan dengan
laluan pejalan kaki serta Stesen LRT Kerinchi dan Universiti.