Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri
Sentosa, Klang, Danish Hairudin semalam dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Gombak bersama isterinya untuk diambil keterangan berhubung kes dua tahun
lalu.
Menurut Danish, kes tersebut
sebelum ini tidak dilanjutkan dan barang kes telah dikembalikan kepada beliau.
"Saya dan isteri dipanggil
memberi keterangan berhubung satu kes tangkapan layar melibatkan insiden
Langkah Sheraton kira-kira dua tahun lalu.
"Untuk makluman, sebelum
ini saya telah dipanggil kali pertama pada 2020. Pada Mei tahun lepas pihak
polis memanggil saya semula ke IPD untuk mengambil keterangan, selepas itu
barang kes telah dipulangkan pada Mei 2021.
"Saya dan isteri bersama
peguam telah memberi kerjasama penuh sepanjang keterangan diambil. Keterangan
hari ini diambil bagi melengkapkan siasatan kes yang dibuka 2 tahun lalu,"
katanya.
Bagaimanapun beliau
mempersoalkan adakah sisatan tersebut suatu bentuk intimidasi kerana kes yang
telah berlarutan begitu lama ditimbulkan kembali.
"Menjadi persoalan kenapa
sekarang dipanggil semula setelah 2 tahun?
"Saya yakin dan percaya
kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan dan ditutup.
"Intimidasi politik ini
saya lihat selepas saya bersama rakan-rakan lain membuat khidmat bakti kepada
rakyat selangor dan di Malaysia. Pihak polis juga memberi kerjasama yang baik
sepanjang proses keterangan diambil," katanya.
Beliau turut mengucapkan
penghargaan kepada Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas bantuan Setiauasaha
Politiknya, Farhan Fauzi dan rakan rakan lain yang turut membantu.