‘18PG bukan 18SX pehe dop’ -Netizen ‘sekolahkan’ Ustaz Pas lepas dakwa PMX mahu musnahkan ummah
Kenyataan seorang pemimpin Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani yang mendakwa klasifikasi filem 18PG yang kini tidak akan lagi dipotong sebagai usaha PMX untuk “memusnahkan ummah” mencetuskan kritikan hebat terhadap beliau.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Dusuki mendakwa keputusan berkaitan tayangan filem berkenaan menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu “meliberalkan ummah”.
“Beginilah cara PMX menghancurkan dan memusnahkan ummah. Tak terasa terancam lagi ke? Generasi akan datang dimusnahkan sekarang, tayangkan sahaja apa yang patut ditayang.
“Atas nama kebebasan dan apa sahaja untuk meliberalkan ummah ini. Kalian akan dapat dosa yang berpanjangan sehinggalah ke alam mahsyar nanti,” kata bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas itu dalam perkongsian di sosia media.
Hantaran itu bagaimanapun mengundang kecaman balas dengan ramai yang secara sinis meminta pemimpin Pas itu terlebih dahulu memahami perbezaan antara klasifikasi 18PG dan 18SX.
“18PG bukan 18SX. Mu pehe dop?” kata seorang pengguna.
Seorang lagi pengguna menjelaskan bahawa kategori 18PG tidak semestinya merujuk kepada kandungan seksual, sebaliknya filem dalam kategori tersebut boleh mempunyai unsur lain yang memerlukan bimbingan atau pertimbangan penonton.
“PG tu usually content ganas… fighting scene, murder scene, hantu hodoh, darah, war scene. Mungkin belajar beza dulu kot,” katanya.
Sindiran lebih pedas turut muncul apabila seorang pengguna berkata, “18PG tu sensor mayat… 18SX baru sensor p***r,” sebagai sindiran terhadap kekeliruan mengenai kedua-dua klasifikasi tersebut.
Malah, ada netizen yang menegaskan isu berkenaan tidak wajar terus dikaitkan dengan Anwar kerana klasifikasi filem dibuat berdasarkan kandungan filem, bukan semata-mata pendirian politik Perdana Menteri.
Adajuga netizen yang mengingatkan bahawa kategori 18 tidak bermaksud semua filem berkenaan mempunyai kandungan seksual.
“PG18 bermaksud parental guidance. Atau di Malaysia dikategori filem tu sebagai Perang dan Ganas. Otak ko fikir apa?” komen seorang lagi pengguna.
No comments:
Post a Comment