Nak jadi pembangkang tak salah, tapi jadilah pembangkang yang ada kredibiliti, kompeten, peka dengan isu semasa.
Tapi bila kementerian terbabit adakan sesi libat urus berkenaan dengan URA, sebanyak 108 kali pulak, dan sekor pun MP pembangkang tak hadir, itu bukannya pembangkang, tapi pembangang yang hanya nak laba politik dan sensasikan isu.
Contoh mudahnya apa?
Kau sebagai ibu bapa tak puas hati sebab sekolah kenakan sumbangan PIBG macam-macam. Kau mesyuarat PIBG pun tak hadir. Alih-alih kau memekak bising kat luar sebab sekolah tetapkan bayaran sumbangan PIBG sekian-sekian bayaran, memang tak cerdik la.
Sepatutnya datang la mesyuarat PIBG sekolah, kat situ kau gasak tanya habis-habisan, argue dengan kepimpinan PIBG bayaran ini untuk apa, itu untuk apa.
Sama la macam URA ni. Tak hadir sesi libat urus tapi bising memekak kat luar.
Itu bukan bangkang, itu BANGANG!

No comments:
Post a Comment