Jeming Hassan
Tak setuju dengan Menteri KPKT Nga Kor Ming Nga Kor Ming 倪可敏 itu hak masing-masing. Tapi jangan cipta fitnah konon RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) ini RUU peribadi beliau atau RUU DAP.
Fakta mudah, semua rancangan, rundingan dan libat urus dibuat melalui Jawatankuasa Negeri & Persekutuan, dengan penjawat awam yang sama sejak zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri jadi PM.
Penjawat awam tidak tidur malam buat persiapan RUU ini tiba-tiba fitnah ini RUU Dap.
Wahai pembangkang, berbahaslah dengan hujah, jangan sekadar terpekik melolong tetapi diri sendiri pun tak faham Ruu ini.
Kepada MP Jasin yang sampai sanggup kata ulama supaya buang kitab ke sungai jika tak mahu bersama isu ini, eloklah YB Jasin dulu buat penerangan dulu apa sebenarnya yang dia faham tentang RUU PSB.
Ambo secara jujur syak MP Jasin yang menjerit sampai nak terkeluar anak tekak itu sebenarnya tak faham pun isu sebenar Ruu ini.
Kalau dia faham kenapa dia nak suruh ulama bangkit. Dia ahli parlimen bergaji berbahaslah masa pembentangan. Bukan menjerit seolah-olah tidak ada ruang untuk membangkang di dalam dewan.



No comments:
Post a Comment