Pilihan
Raya Umum (PRU) ke 15 menurut penganalisis politik berkemungkinan besar akan
diadakan secara tergempar pada hujung 2020 sekiranya Perikatan Nasional (PN)
dan BN berjaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Sebaliknya
jika kalah, maka PN akan menangguhkan PRU tersebut untuk beberapa lama bagi
mengelakkan tsunami Sabah melanda ke Semenanjung.
Bagi Ahli
Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang, pengundi di Sabah mempunyai peluang
untuk menyekat politik caca merba dan membazir PN dengan mengalahkan mereka
pada 26 September nanti.
"Saya
gembira pengundi yang berada di Sabah (kelihatannya) memberi sokongan kepada
Warisan Plus sebab Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal telah membawa perubahan
baik semampu mungkin selepas PRU14 lalu. Juga tempoh Warisan berkuasa adalah
terlalu singkat (Mei 2018 hingga Julai 2020) dan mandat tersebut wajar
diteruskan lagi.
"PRU15
akan diadakan kalau Warisan kalah PRN ini. Oleh itu, semua pengundi Warisan
Plus berkemampuan dan akan berjasa besar menyekat PRU15 dilaksanakan dalam masa
terdekat (dengan mengalahkan PN-BN)," katanya dipetik.
Menurut
Chang, situasi kempen di Sabah selepas seminggu boleh dianggap menyebelahi
Warisan Plus biar pun PN dan BN menurunkan semua jentera dan dana untuk
memenangi hati rakyat Sabah.
"Situasi
dalam medan pertempuran memang sengit kerana PN dan BN sedang berkempen dengan
sepenuh kekuatan mereka. Namun begitu, sokongan terhadap Warisan-PH atau
Warisan Plus adalah memberangsangkan," katanya lagi.
Cuma
sedikit faktor yang membimbangkan, kata Chang, sekiranya pengundi di
Semenanjung tidak pulang ke Sabah ekoran harga tiket yang tinggi menjelang hari
pembuangan undi. Hal itu, menurutnya mungkin menjejaskan peluang Warisan-PH
untuk mendapat kerusi lebih banyak.
"Ramai
dari pengundi Warisan bekerja di Semenanjung pada masa ini. Diberitakan ramai
tidak akan balik mengundi kerana tidak mampu bayar harga tiket penerbangan. Ini
satu faktor yang agak membimbangkan kita," katanya lagi.
Bagaimanapun,
dengan semangat pengundi tempatan yang berkobar-kobar untuk memastikan negeri
itu bebas dari percaturan politik 'pintu belakang' Semenanjung, Chang optimis,
kemenangan akan menyebelahi Warisan-PH.