ALASAN BUDAK BUDAK UMNO-MASA DIA TENGAH KUAT KATANYA-KAH..KAH

 

PAS tak dijemput kerana SOP, tempat terhad, kata Tok Mat




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (tengah) bercakap pada
 sidang media selepas selesai perasmian Perhimpunan Agung
 Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung
 Umno (PAU) 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala
 Lumpur (WTCKL) malam ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keputusan Umno tidak menjemput wakil PAS ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) termasuk ketika majlis perasmian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno malam ini adalah disebabkan oleh prosedur operasi standard (SOP) serta bilangan tempat duduk yang tidak mengizinkan.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan memaklumkan perkara itu apabila diminta mengulas ketiadaan wakil PAS yang juga rakan dalam Muafakat Nasional (MN) di persidangan kali ini.

“Sebab tempat tak mengizinkan dan SOP, itu cakap bersopan,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), malam ini.

Ditanya status hubungan dengan PAS dalam MN, Mohamad berkata kerjasama antara dua parti itu belum tertutup dan masih ada ruang untuk berbincang.

“MN belum ada penutup ia belum tamat lagi, kita kalau mengaji kita tamatkan, dia (MN) belum tamat lagi walaupun dah sampai ayat akhir tetapi belum kita khatamkan, jadi elok kita sama-sama fikir.

“Tetapi kita perlu jelaskan seperti saya sebutkan tadi, kita cuma akan bersama yang setia bukan orang yang banyak kolam, yang akhirnya nanti ramai orang akan keliru dan kita sendiri takut kita keliru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, usul desakan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan awal berkemungkinan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam esok.

Beliau bagaimanapun tidak tahu mengenai usul yang akan dibawa dalam mesyuarat berkenaan, namun mengambil kira apa yang disampaikan malam tadi, ia merupakan sebahagian perkara yang akan dibincang bersama dalam mesyuarat tersebut.

“Boleh jadi sebab kita jawatankuasa usul adalah naib presiden kedua, yang akan bentangkan usul apa yang akan dibentangkan kepada Perhimpunan Agung Umno. Dia akan datang daripada jawatankuasa usul kerana jawatankuasa usul mengumpul segala usul di 190 bahagian, tidak termasuk Tanah Merah yang digantung,” katanya.

Terdahulu Mohamad menerusi ucapannya berkata, PRU15 harus diadakan “sekarang” dan bukan tahun hadapan, untuk memanfaatkan kepincangan parti lawan dan mengelak tindak balas mereka “mengkambinghitamkan” Umno-Barisan