Beberapa Ahli Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggantikan Menteri Kewangan atau timbalannya yang tidak hadir untuk menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pagi ini.
Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat, pada sesi MQT, Menteri Kewangan sepatutnya menjawab soalan berkenaan isu 1MDB dan SRC International.