'Sayonara PAS, Puteri Umno tak mahu sekolam dengan katak!'...........Poligami sah woiii....Pas lupa pesanan tok guru
Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan mengucapkan selamat tinggal kepada PAS berikutan 'kedegilan' parti itu untuk terus bersama Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional berbanding Umno di bawah payung Muafakat Nasional.
Katanya, sejarah pengkhianatan Bersatu kepada Umno adalah sangat 'menggelikan dan menjijikkan', justeru Umno tidak tergamak untuk tinggal sekolam dengan 'katak' di dalam Bersatu.
NORMAN RADZUAN
PESANAN ALMARHUM TG NIK AZIZ JADI KENYATAAN
Akhirnya UMNO mengucapkan SAYONARA buat PAS di Perhimpunan Agung UMNO 2021
Umno yang nyawa nyawa Ikan lepas kalah PRU14 lalu kini berkuasa kembali. 61 tahun untuk tumbangkan UMNO…PAS akan di ingati jadi Talian Hayat Umno.
Maka betul lah teguran arwah Tok Guru Nik Aziz dulu.
"Umno ni serupa kereta buruk... Nak start tak hidup... Dia minta tulong kita tolak, kita pun tulong la tolak sampai kita berpeluh...Bila kereta tu hidup, kereta tu akan gi lah... Tinggal kita... " Al - Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz