BHAI ORANG MUDA TAK BODO ...BANYAK MEMBACA...TAK BUAT CAM KAU BUAT LETAK NO AKAUN KO UNTUK BANTU UMNO....UMNO PUN MELOMPAT TUBUH BERSATU..DALAM TU BANYAK KATAK...BUKAN PH. TAK ADA REKOD SAKAW....

 

Pengundi muda bosan penipuan pembangkang, lompat parti, kata Isham




Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil turut mengakui kepentingan
 media sosial dalam usaha menarik pengundi pada PRU15.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil yakin pengundi muda akan menolak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Isham berkata, golongan muda mempunyai pandangan buruk terhadap PH kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto 2018 dan mungkin tidak akan mengundi PN kerana gabungan itu terdiri daripada golongan “lompat parti”.

“Berdasarkan pemerhatian kita (Umno), orang muda ini tak suka penipu. PH dulu tipu dalam manifesto pasal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), pasal tol, minyak, pekerjaan … yang banyak terkesan pada orang muda,” Isham memberitahu FMT dalam satu wawancara.

“Mereka (juga) tak suka pelompat parti. Akta lompat parti yg kita buat itu pun, NGO org muda yang mulakan. Sebab itu org muda tak suka PN, sebab (mereka semua) pelompat parti.

“(Tetapi) saya selalu kata dalam mesyuarat (BN/Umno), kita tak boleh cuma bergantung kepada faktor itu (orang muda tak suka PN dan PH) saja. Kita kena tawarkan apa yang kita boleh bagi kepada orang muda. Banyak tawaran kita boleh buat.”

PRU akan datang adalah yang pertama selepas had usia pengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan pengundi didaftarkan secara automatik.

Perubahan itu menyaksikan seramai 5.8 juta pengundi baharu dalam daftar pemilih, peningkatan sebanyak 40%.

Isham berkata, keyakinannya bahawa Umno boleh mendapatkan undi anak muda datang daripada sokongan kuat yang ditunjukkan golongan tersebut kepada parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

Katanya, data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) memperoleh sekitar 80% daripada undi segmen belia.

Isham turut mengakui kepentingan media sosial dalam usaha menarik pengundi pada PRU15 dan berpendapat Umno akan mendapat kelebihan jika bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang dipenjara, masih boleh menyumbang dengan platform media sosialnya yang sangat popular.

Media sosial ialah “medan pertempuran” baharu untuk meraih undi, katanya, terutamanya apabila diambil kira populasi yang lebih besar di kawasan pilihan raya moden.

Beliau berkata, ceramah Umno pada masa lalu hanya dapat menarik, paling ramai, ratusan orang.

“Kini dengan media sosial, ceramah boleh sampai kepada jutaan orang,” katanya.

Menyentuh kritikan bekas perunding komunikasi Najib bahawa BN kurang menonjol di media sosial, Isham mengalu-alukan maklum balas itu dan gembira Romen Bose menyuarakan pendapatnya sebelum PRU15 diadakan.

“Kalau terlebih yakin, nanti kita tak ‘push’ diri kita sampai hadnya,” katanya.

“Biar dia (Bose) nak kritik kita, jadi kita gusar sikit dan berusaha dengan lebih lagi,” katanya.