Saya lihat orang yang tak suka PAS ini, bukan sebab
Islam yang dibawa PAS. Tetapi disebabkan :
1. Pas kata, BN tumbang, rakyat senang, umno
musuh Islam. Akhirnya Pas bersama BN dan umno.
2. Pas kata, benci dan tolak rasuah. Akhirnya
Pas bersama dgn klepto dan kluster mahkamah dan bentuk kerajaan bersama mereka.
3. Pas kata, tolak judi, desak tutup casino
genting dan haramkn judi yg telah dihalalkan oleh kerajaan. 18 bulan jd
kerajaan, cabutan khas judi naik, siap ada iklan raya promo judi, pusat judi
beroperasi seperti biasa.
4. Pas kata, uec wajib dimansuhkn dan
hapuskan sekolah vernakular. 18 bulan jd kerajaan, uec di iktiraf, pembinaan
sekolah vernakular meningkat.
5. Pas kata, haramkan dap sbb anti Islam dan
anti melayu. 18 bulan berkuasa tidak ada usaha ke arah utk haramkan dap.
6. Pas kata, tolak cukai gst dan haram kutip
cukai yg membebankn rakyat. Dalam parlimen baru ini, pas cadangkn kutipan cukai
gst perlu ada penambahbaikan dan perkenalkn cukai lain.
7. Pas kata, heret segera pembunuh adib. 18
bulan, sampai sekarang tak tahu siapa yg bunuh arwah adib.
8. Pas kata, pinda dan perkasakan ruu355
segera. 18 bulan jd kerajaan, tak akn lari gunung dikejar.
9. Manifesto pilihanraya lepas, pendidikan
percuma, ptptn dimansuhkn. 18 bulan ada kuasa, ini tak dgr langsung dah, byk
beri alasan. Hat lain tu tinggal kenangan.
10. Pas kata, tolak asobiyah. 22 bulan lepas,
melayu, melayu. 18 bulan kemudian, menyokong konsep keluarga Malaysia.
11. Pas kata, kos sara hidup meningkat dan
harga barang naik sbb tak laksana Islam. Hari ini mcm-mcm naik harga, adakah
Pas tidak laksana Islam.
12. Pas kata, kempen BMF utk menjana ekonomi
Islam. Skrg pakat cari hat murah dan BMF tidak menjadi dasar kerajaan Melayu
Islam seperti yg diharapkan.
13. Pas kata, MCA memusuhi dan menghina
Islam. Skrg MCA sahabat baik PAS.
14. Pas kata, minoriti menguasai majoriti,
pas yg minoriti 18 kerusi boleh ugut kerajaan utk laksanakn hudud atau Islam.
18 bulan hingga skrg tak ada pun ugutan tu utk laksanakn Islam.
15. Pas kata, bukan 5 tahun, cukup 5 hari
akan dapat rasakan perubahan besar. Ini dah 18 bulan tak ada apa-apa pun.
16. Pas kata, DAP dan PH ancaman kpd melayu
dan Islam. Hari ini siap boleh buat MoU bersama.
17. Pas jd menteri pun hanya mengekalkan
dasar dan polisi PH hanya mengutip hasil. Tak ada apa yg baru.
18. Pas kata, hudud dulu baru Putrajaya
(kuasa). Skrg dah ada kuasa dan jawatan, hudud ghuyub tak tahu kat mana. Last
cakap pasal hudud sebelum PRU14 masa sakan berkelahi dgn dap. Nanti PRU15
timbul balik, percaya lah.
18. Banyak lagi lah kalau nk senarai, hat dlm
harakah pun boleh jd error lepas depa jd kerajaan, sbb dah terciduk.
Pendek kata, bab teori PAS cukup A+, ats
kertas cantik. Tetapi secara praktikal, hampir semua ke laut. Jd sbb itu lah
depa tak suka PAS, bukan bermakna benci Islam.
Lain disebut, lain dibuat, tuduh dan main
persepsi yg bukan-bukan. Kalau org lain jd kerajaan, semua dia nak segera. Bila
dh jd kerajaan baru tahu susah nk buat. Masa jd pembangkang, gebang dan sembang
kari.
Bila org tak suka Pas, depa kata org tu musuh
Islam. Walhal org tu tak suka dgn pendekatan, cakap tak serupa bikin, tak
konsisten dan byk dalil utk backup kesalahan sendiri.
Nabeil Ahmad