MOHD SHAH RIM
PH berhadapan dengan defisit kepercayaan rakyat walaupun parti yang menguasai kerajaan bercakaran sesama sendiri..
Ada berapa faktor yang harus diberi tumpuan khusus menjelang
pilihanraya nanti (jika ditakdirkan begitu) dan paling penting mengenalpasti
kelemahan yang ada.
Kelemahan PH yang paling ketara, link yang menghubungkan PH
dengan pengundi dominan , missing link ini akan mengagalkan usaha PH untuk
membentuk kerajaan yang bermandat.
PH juga perlu menghimpunkan pemikir pemikir yang boleh menjana
idea kontemporari yang memberikan advantage terhadap gabungan itu, sebagai
contoh IDE yang berpayung dibawah KEADILAN.. tapi perlu ada sebuah badan
pemikir yang merentasi sempadan politik kepartian yang menentukan hala tuju PH
untuk 5 ke 10 tahun akan datang.
Aku percaya kekuatan PH dimedsos perlu diterjemahkan dalam
bentuk sokongan rakyat dan ini perlu diberi perhatian oleh kepimpinan , sudah
terlalu lama, segmen ni tidak diangkat sebagai komponen penting dalam PH,
kerana selama ini, usaha membawa PAKATAN HARAPAN digerakkan oleh pendokong yang
bergerak sebagai independent movement sehinggalah sekarang.
Untuk menjadi sebuah gabungan yang popular dan diterima, PH
perlu membina jenama, untuk jadi sebuah kerajaan pula, PH perlu bijak mengambil
setiap peluang yang ada, kerana dalam politik , kekuatan bukan lagi kunci
menjana kemenangan sekiranya lawan berjaya mengexplotasi kelemahan yang kecil.
Strategy menang bergaya, tak boleh pakai, tak perlu menang
semua, tapi kemenangan itu sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan..