IBRAHIM MAT ISA
Jadi dalang ke, jadi jalang?
Aku hampir tidak percaya apabila membaca kisah parti Ek Nour di
Mesir yang mendakwa dipimpin oleh golongan yang mengaku mengikut manhaj salafi,
akan tetapi parti itu juga yang mendokong AsSisi, yang telah menjatuhkan
almarhum mantan Presiden Dr Mohd Mursy.
Bukan sahaja begitu, ulamak mereka mendakwa kumpulan anak muda
yang melakukan demonstrasi mempertahankan kemenangan Dr Mursy sebagai golongan
bughah dan kematian mereka akibat ditembak tentera sebagai mati katak!
Sejarah tetap berulang dalam mana-mana pemerintahan dunia orang
Islam.
Di Malaysia juga begitu. Golongan yang mendakwa mereka sebagai
agamawan sanggup bersekongkol dengan parti yang mereka sendiri dakwa sebagai
kafir dan kuat rasuah semata-mata kerana kononnya mahu menyelamatkan Malaysia
dari penguasaan orang kafir dari DAP.
Pelik bin Ajaib.
YDP Agong ialah Melayu Islam, semua ketua pemerintah tentera
ialah Melayu Islam, Sultan dan TYT Negeri juga Melayu Islam.. kenapa takut
dengan Cina DAP?
Dan yang menghairankan, dan tak tahu mereka mengambil rujukan
atau dalil mana, tetapi pada mereka menjadi perancang Kudeta untuk merampas
kuasa yang dipilih dari sokongan mandat rakyat telah jadi halal hanya berdalil
kan untuk selamatkan Malaysia..
Selamatkah Malaysia selepas mereka merampas kerajaan? Majukah
ekonomi Malaysia sekarang? Banyakkah peluang pekerjaan terhidang selepas mereka
tebuk atap?
Entahlah.. agamawan pun banyak kaki pembohong, banyak kali
menipu, bagaimana dakwah nak disampaikan dengan mudah. Sedangkan perawi hadis
yang bohong lagikan ditahkik sebagai hadis mauduk gara-gara alkhazzab yang
membawa hadis.
Kelak orang bukan Islam akan berkata.. pak haji pun kaki samun
atau sokong penyamun lu lagi cakap Islam bagus?