MB N9 DIARAH ZAHID MENGADAP TUANKU MUHRIZ, TAPI MASIH SENYAP. “OVERTAKEN BY EVENT” JUGA KE?
BN-PN derhaka pada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz.PMX yang di salah dan di suruh berundur.
BN-PN derhaka pada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz.PMX yang di salah dan di suruh berundur.
BEKAS CEO FELDA AKAN DIDAKWA ESOK
KUALA LUMPUR – Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) FELDA
Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), yang sebelum ini disiasat berkaitan
penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), akan didakwa di
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, individu itu akan
dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
memaklumkan bahawa SPRM telah mendapat izin untuk mendakwa bekas CEO berkenaan.
Pada 25 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd
Halim Aman berkata individu itu akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen
417 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata seorang lagi individu, yang juga bekas
pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan berdepan satu
pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang dijangka didaftarkan di
mahkamah pada Rabu ini.
Siasatan KLVC adalah sebahagian daripada tujuh kertas
siasatan membabitkan FELDA dan FIC, iaitu enam kertas siasatan baharu serta
satu siasatan lama.
Siasatan berkenaan memberi tumpuan terhadap pembelian dan
pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki
mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – BERNAMA
MACAMANA KERAJAAN NAK DIHORMATI ?
Jamzuri Ardani
Dalam Warta Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan disebut 10 exco tersebut telah `melanggar ikrar taat setia` ke atas Tuanku. Maknanya derhaka lah tu. Itu dokumen rasmi kerajaan yang diatasnya tertera jata kerajaan negeri.
a memang betul, saya tak nampak kelibat pemimpin PAS ketika sembahyang dan kebumikan Tun Siti Hasmah.
Ya memang betul, saya tak nampak kelibat pemimpin PAS ketika sembahyang dan kebumikan Tun Siti Hasmah.
PIF Arab Saudi Teroka Kerjasama Dengan MRCB – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi di Putrajaya pada 28 September 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 28 Sep – Syarikat milik penuh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, RUA AlHaram AlMakki, sedang meneroka kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi pembangunan berorientasikan transit di kawasan Jabal Al Kaabah, Makkah.
Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, potensi kerjasama itu adalah disifatkan sebagai satu manifestasi keyakinan pelabur terhadap keupayaan Malaysia, di samping membuka peluang baharu kepada perniagaan dan tenaga mahir negara.

“Petang tadi saya menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, Yasir Othman Al-Rumayyan bersama delegasi beliau.
“PIF adalah antara dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia dengan aset di bawah pengurusan melebihi AS$900 bilion.

“Peranannya sebagai pemacu Wawasan 2030 Arab Saudi turut membuka ruang kerjasama yang luas dengan rakan antarabangsa,” katanya ujarnya.
Pada kunjungan hormat itu, Anwar berkata, beliau bertukar pandangan mengenai peluang memperkukuh kerjasama ekonomi Malaysia-Arab Saudi, khususnya dalam sektor pembinaan, infrastruktur, pengurusan kemudahan, tenaga dan ekonomi halal.

“RUA ialah pemaju induk bagi pembangunan King Salman Gate di kota suci itu.
“Saya berharap lebih banyak syarikat Malaysia dapat menembusi pasaran serta memperluas kerjasama di Arab Saudi dan mengambil bahagian dalam projek yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.

PMX HADIR DI PENGKEBUMIAN TUN HASMAH
Hadir bersama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib di tahun-tahun lampau.
Tentunya sukar untuk kami berdua menghadam hakikat ini bahawa beliau kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap babak indah yang dikongsi bersama kembali terpancar di depan mata hati yang terdalam.
Justeru, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Kak Hasmah. Dalam ingatan ramai, beliau adalah seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap mereka berasa dekat dan dihargai.
Saya dan Azizah mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus kuat dengan ujian-Nya, terus dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga.
Semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal bakti dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu.
Al-Fatihah.
PEMBALASAN
Harini Allah buka aib Pais Hajari. Dulu apa dia tak kutuk Tun Mahathir? Sampaikan Mat Sabu p
un dia kutuk sebab uturn. Akhirnya Pais sendiri puji Tun Mahathir PM terbaik dalam sejarah negara. Kalau terbaik kenapa Pais lawan dan kutuk dulu? Lebai PAS la paling kuat kutuk.
Admin mengaku admin pun kritik Tun Mahahir tapi itu semua isu polisi dan pentadbiran. Bukan kerana benci. Tun Mahathir malah Najib tetap ada jasa pada negara. Yang mana baik, admin sokong. Yang mudarat, admin tegur supaya sama2 ambil iktibar. Sama la jika ada perkara yang Madani buat dan patut ditegur, tegurlah untuk kebaikan bersama. Bukannya sebar fitnah macam mamat pais hajari.
Baru2 ni pais sebar lagi fitnah walaupun dah kantoi. Dia fitnah Tuanku Muhriz guna gambar edit. Bukan jer tak ngaku salah dia report pula org yang tegur dan membetulkan. Lps tu siap cakap polis yg ambil report tu bagitahu clear cut pihak yang betulkan pais tu menfitnah.
Bodo apa tu?
Ingat polis ada masa nak peduli report kau? Kau datang report pun dah menyusahkan polis. Yang sebar fitnah tu ko. Lps tu ko pula report polis.
Dah la sibuk jadi terpaling pakar adat semenjak 2 menjak ni. Mula2 kata org luar jgn ulas isu adat tapi dia dan caitro bnpn la yang terpaling mengulas. Takpe pula??
Tiba2 dia la pakar undang2.
Pakar perlembagaan.
Pakar adat.
Pakar macam2 tapi tengok kerja jadi caitro je bila sembang dia terpaling pakar. Pakar2 dia pun tak boleh jadi PM. Cian.
Wakakakakakkaka
Krisis Negeri Sembilan: AMK Gesa Ismail Letak Jawatan MB

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim menerusi hantaran di Threads pada 27 September 2026.
KUALA LUMPUR, 27 Sep – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan susulan perkembangan yang berlaku di negeri itu.
Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa, perkembangan berkenaan merupakan tindakan yang sangat mengaibkan serta mencemar kesucian dan kemuliaan institusi diraja dan adat di negeri itu.
“Tidak wajar seorang raja pemerintah Melayu sedang bertakhta diperlakukan sedemikian rupa oleh kelompok yang sering bercakap mengenai soal mempertahankan kedudukan Melayu, Islam dan institusi diraja,” katanya dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.
Dakwanya lagi, tindakan kelompok berkenaan menunjukkan mereka sendiri mengkhianati amanah tersebut.
Muhammad Kamil berkata, kemelut mesti diurus dengan penuh tertib mengikut peraturan dan undang-undang yang termaktub.
Beliau turut merujuk perkara berkenaan yang katanya sudah dibawa ke mahkamah selain perintah injunksi telah dikeluarkan.
Menurut Muhammad Kamil, tindakan itu tidak lebih daripada sekadar memenuhi selera politik kelompok tertentu dan didakwanya sebagai satu bentuk penderhakaan serta pengkhianatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
“Dalam keadaan ini, langkah yang paling wajar ialah bagi Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.
Amaran pertama kepada DS Najib Razak tentang salah urus 1MDB bermula awal. Tetapi tidak dipedulikan. Amaran ini seawal September 2009.
Fathi Aris Omar
Amaran pertama kepada DS Najib Razak tentang salah urus 1MDB bermula awal. Tetapi tidak dipedulikan. Amaran ini seawal September 2009.
Amaran ini datang daripada TS Mohd Bakke Salleh dalam mesejnya kepada perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
1MDB ditubuh pada 31 Julai 2009, daripada TIA yang dibentuk pada 2008 menggunakan antaranya RM6 bilion duit royalti minyak Terengganu untuk memajukan negeri itu.
Sebelum pengambilalihan ini, pada Mei, TIA memancing kontroversi apabila penasihatnya, Jho Low, mengambil nota hutang RM5 bilion walau kerajaan negeri tidak bersetuju.
Sebab itu, akhbar The Star menyebut 1MDB mencari masalah sejak hari pertama lagi! Lihat: 1MDB controversy started from day one (The Star, 17 Mei 2018).
Mohd Bakke melepaskan jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah 1MDB pada 11 Oktober 2009. Beliau tahu Najib telefon Jho Low.
Dalam keterangannya di mahkamah, tokoh korporat ini berkata beliau tidak sanggup dikaitkan dengan cara pengurusan 1MDB dan memaklum salah urus itu kepada Najib melalui SMS.
“Namun, saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib," kata Mohd Bakke.
"Tidak terlintas di fikiran saya untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa berkaitan salah laku kewangan pengurusan 1MDB kerana saya mengandaikan bahawa saya telah pun berbuat demikian melalui SMS yang dihantar kepada Najib.
“Saya berharap Najib akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan 1MDB jika beliau mendapati sebarang salah laku di pihak mereka.
"Memandangkan kebimbangan saya itu tidak mendapat perhatian DS Najib kerana beliau tidak balas SMS saya, saya rasakan beliau terlibat dan sesuatu yang tidak kena berlaku tanpa pengetahuan saya.
“Ini antara sebab utama saya memutuskan untuk meletak jawatan,” kata Mohd Bakke ketika membaca kenyataan saksinya semasa perbicaraan.
Katanya lagi, isu yang membawa kepada peletakan jawatannya termasuklah:
- pemindahan US$1 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah,
- kegagalan menjalankan penilaian ke atas usaha sama PetroSaudi International Ltd (PSI),
- kegagalan melantik penilai bebas untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai mengenai nilai aset syarikat usaha sama, dan
- kegagalan dalam pelantikan tiga orang wakil dalam syarikat usaha sama.
Lihat: 'Ada yang tak kena, Najib biasanya balas SMS saya' (Malaysiakini, 9 Mei 2022)
Mohd Bakke beritahu mahkamah, Najib tidak balas SMS beliau yang memaklumkan mengenai AS$700 juta (daripada AS$1 bilion) dilencongkan kepada syarikat lain bawah kawalan Jho Low.***
Lihat: 'Bakke patut jumpa saya. Perkara itu sangat serius, bukan hanya hantar SMS' (Berita Harian, 22 Januari 2025)
Dalam berita Apa yang disembunyi daripada laporan audit 1MDB? (Malaysiakini, 18 November 2019), pindaan audit yang disorok antaranya:
"... laporan asal Jabatan Audit Negara menyatakan Jho Low hadir di mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB pada 26 September 2009.
"Ia disahkan oleh Bakke Salleh yang menjadi pengerusi lembaga pengarah pada masa itu. Jabatan audit berkata Bakke turut memberikan minit mesyuarat yang menunjukkan kehadiran Low.
"Bahagian itu dalam jadual 7.5 tiada dalam laporan akhir yang dihantar kepada PAC."
Jadi, timbul persoalan:
1. Kenapa Najib tidak bertindak seawal 2009 lagi?
2. Kenapa maklumat mengenai Jho Low dipinda?
Sebenarnya, banyak isu timbul antara 2009 atau 2010 hingga 2015. Waktu itu, saya bertugas sebagai editor Malaysiakini.
Saya tidak ingat semua sekarang tetapi banyak isu dilapor. Patutnya sudah membuka mata pihak kerajaan termasuk Najib.
Seperti saya tulis sebelum ini, ketua pembangkang waktu itu DS Anwar Ibrahim pernah mengkritik Jho Low dan 1MDB seawal Ogos 2010 dan bawa ke Parlimen pada Jun 2011. Sudah cukup amaran.
Yang lebih "tragis" berlaku pada TS Tong Kooi Ong, pemilik akhbar The Edge, yang berjumpa Najib di rumahnya pada malam 6 Mac 2015.
Hasil maklumat dan siasatannya, Tong ingin memberitahu Najib skandal yang sedang berlaku dalam 1MDB dan perangai buruk Jho Low.
Tetapi apa berlaku dalam pertemuan mereka berdua? Kata Tong, "saya tunjukkan anda bukti (penyelewengan) tetapi anda tunjukkan saya pintu (keluar rumah anda). Najib nafi tanggapan ini.
Lihat: You didn’t know Jho Low cheated us? I showed you evidence and you showed me the door (Edge Prop, 24 November 2018)
*** Selain Mohd Bakke, isu dana AS$700 juta masuk ke syarikat Jho Low juga dibangkitkan oleh Tong setelah mendapat bukti kukuh daripada maklumat yang dibocor oleh Xavier Justo.
Jadi, kita hairan kenapa sampai dua kali amaran tentang Jho Low larikan AS$700 juta tidak diendah oleh perdana menteri. Kenapa?
Tanggal 6 Mac sedekad lalu ini penting bukan sahaja amaran Tong kepada Najib tetapi permulaan pembongkaran demi pembongkaran skandal 1MDB oleh akhbar ini hingga digantung permit pada Julai.
Selain Wall Street Journal dan Sarawak Report, laporan The Edge yang jelas dan tersusun banyak membuka mata rakyat Malaysia akan skandal ini.
Suasana negara cukup panas sepanjang 2015. Saya rasa pasukan Najib juga menggelupur. Namanya, Jho Low dan Umno terseret dalam skandal terhodoh ini hingga satu dunia terbeliak.
Tup, tup ... Datang Jun 2016, sewaktu imejnya tercalar teruk dan nama Jho Low sudah busuk, Najib minta Jho Low dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ke Beijing untuk runding dana ECRL dan dua projek saluran paip gas!
Lihat: ECRL, pipeline projects offered to China to bail out 1MDB (The Edge, 5 September 2019) dan Najib admits relying on Jho Low for help in 2016 China trip (Bernama, 15 Januari 2025)
Selain keterangan Mohd Bakke tadi, saya sudah hurai panjang lebar peranan Anwar, pertemuan Tong-Najib dan juga isu dana China untuk ECRL.
SEMAK pautan tiga coretan ini di bahagian komen.
NOTA: Kebanyakan coretan saya diambil daripada keterangan mahkamah dan/atau maklumat daripada kenyataan mereka yang terlibat. Harap tiada maklumat tersilap atau terkurang. Tolong semak sendiri berita-berita berkaitan.
(coretan asal 27 Disember 2025, sehari selepas hakim jatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion)
IMEJ di bawah tajuk berita 16 Jun 2026 dan juga penghakiman bertulis hakim kes 1MDB. Pautan kepada penghakiman di bahagian komen 👇
Satu lagi tajuk berita daripada kes saman 1MDB terhadap Najib. 1MDB rugi US$5.74 bilion (RM22.98 bilion), kata peguam syarikat.

















