1. Dulu masa saya kecil. Saya peminat tegar Awang Selamat.
Setiap Ahad, kalau orang lain berebut Pancaindera, saya cari Mingguan Malaysia
dulu. Apa AS tulis saya nak tahu.
2. Benda yang dia tulis pendek sahaja. Tapi impak dia, seminggu
buat kita berpikir. Selalunya, dia tembak politikus atau parti tententu. Ada
juga dia back hand selebriti. Padat dan pedas. Idola saya tu.
3. Majoriti rakyat tak tahu dia siapa. Kerana AS tu hanya nama
samaran saja. Orang Utusan je yang tahu gamaknya.
4. Namun demikian, apa saja yang ditulis perlu mengikut etika
kewartawanan. Kalau memfitnah, Utusan kena saman. Itu etika penulis yang pegang
amanah. Menyampai maklumat kepada orang awam.
5. Last sekali saya baca dari AS, ketika dia memerli seorang
Perdana Menteri. “Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama2
mencuri”. Lepas tu kolumn pojok tu dihentikan
6. Selepas era kolumn pojok, era blog pula popular. Kalau nak
tahu cerita alternatif, bukan dari media arus perdana. Kita akan skodeng blog2
ni. Mereka pun guna samaran (pseudonym) tapi kita tahu siapa mereka ni.
7. Papagomo, Rocky Bru, RPK, Sang Kelembai dan Art Harun. Itu
blogger politik yang kita kenal. Jangan samakan blogger macam Beautifulnara
pula. Tu blog retis2.
8. Blogger politik ni walaupun guna samaran, kita tahu identiti
mereka. Muka mereka bersepah. Mereka takde la sembunyi2. Kerana blogger2 dulu
pendiriannya berani kerana benar. Saman fitnah-memfitnah keliling pinggang. Ada
yang kalah, ada yang menang.
9. Namun kita perhatikan budaya INFLUENCERS sekarang. Buat
komentetar dan penulisan politik guna nama seolah2 nama betul. Tapi kita pun
tak tahu. Identiti sebenar mereka sembunyikan. Gambar ada la seciput, ntah
betul ntah idak, siapa boleh tentukan?
10. Kalau memfitnah dan buat berita palsu, mereka boleh lari
dari tindakan. Kebanyakan curi VPN luar negara, kalau nak hantar saman pun tak
jumpa.
11. Tapi gah mereka di alam maya, pendekar habis la. Habis
dimaki dan dibodohkan semua orang. “Bijak”mereka tu kalah Ketua Hakim Negara
dan Peguam Negara. Segala Perdana Menteri pun mereka main belasah juga.
12. Yang belakang screen ntah siapa2 lah. Mengikut kawan SKMM
saya, banyak influencers politik sekarang bebudak muda. Punya akaun palsu agar
senang nak memaki. Langsung tiada akauntabiliti. Kalau nak kena ambil tindakan
mereka boleh lari.
13. Industri Troll di Filipina sangat bergantung kepada mereka
ini. Supervisor/ Leader akan keluar suatu naratif, maka influencers ni la yang
dok spin dan buat propaganda. Menipu rakyat dengan auta mereka. Kebanyakan dah
ditulis siap atau poster yang dah siap design. Kerja mereka hanya sebar
luaskan.
14. Gaji influencers politik ni lumayan katanya. Boleh cecah
puluh ribu ringgit. Tu sebab ada yang jadi bodyguard pun sanggup jadi
influencer politik. Setakat kerja tempek2 Fakta
pun takde hanya pandai spin.
15. Ada orang tanya mana pergi tenaga kerja kita? Kita ramai
graduate tapi takde orang bekerja. Makanya, Kerajaan pantaulah indutstri troll
ni di kalangan orang muda. Saya percaya ramai yang terjebak jua.
16. Kerja haram ni nak dijadikan profesyen anak2 kita? Nauzubillah…
tolonglah Kerajaan buat Akta, haramkan ia. Jangan budaya bigots di Filipina dan
Amerika menjajah Malaysia. Di sana sampai boleh berbunuh hanya kerana tarhasut
dengan troll2 ini.
17. Apa jihad kita sebagai rakyat untuk betulkan keadaan ini. Satunya
berhati2 dengan apa yang ditulis oleh influencers politik. Saya bagi tips ini:
(I) Semak siapa dia? Adakah identiti sebenar, atau palsu. Jangan
la percaya yang spesis tak guna nama sebenar dan guna gambar palsu. Ntah
siapa2. Tu semua takde “bola” jua. Kalau dia sendiri tak berani dedahkan siapa
dia, kenapa tuan/ perlu percaya apa dia kata?
(II) Selalu yang influencers berbayar dan troll ni ada udang
sebalik mi. Dia nak sampaikan satu naratif. Posting nya tak menyeluruh. Banyak
maklumat disorok. Dan nak buat kita marah atau suka melampau. Janganla terima
bulat2. Semak dan semak dan baca. Tabaiyun dulu, bukan terus tibaiyun.
Macam mana nak tabaiyun? Suruh dia bagi rujukan keratan akhbar
atau rujukan lain. Check sama ada dia bagi maklumat menyeluruh. Selalu persoal
akan apa yang dia tulis. Kalau level pentaksub, takyah la percaya. Tu mindanya
terkatup jua. Apah pun tak guna.
(III) Kalau dah kenal pasti influencer tu hanya troll dan suka
buat propaganda politikus, block terus mereka. Jangan bagi mereka menjajah
minda. Ingat motto mereka “if we can’t beat them, we confuse them”. So takyah
pening kepala. Block kan saja mereka. Bagi mereka susah sikit nak cari makan.
Itu saja habuan. Simple bukan?
18. Ada orang cakap, saya ni dah sampai level influencer. Saya
selalu rasa saya hanya writer. Apa saya tulis, sesen pun tak dibayar sesiapa.
Tu sebab saya boleh puji dan hentam siapa saja.
19. Namun, tuan puan check la dulu juga apa yang saya tulis.
Fact checking itu penting. Jangan pajak otak anda kepada siapa pun. Termasuk la
penulis ini.
20. Sama2 kita berjihad melawan troll army. Sememangnya mereka
adalah tentera dajjal, pengacau demokrasi.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Gambar Dajjal saya ambil dari internet: