ABDULLAH MAT ISA
38 Akuan Berkanun ADUN Gagal Letakkan Hasni sebagai MB
Usaha Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan akuan
berkanun (SD) 38 daripada 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor menyokong
pencalonan Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar kepada Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar dalam pertemuan mereka semalam, gagal mendapat perkenan, menurut
sumber.
Walaupun terdapat sokongan kuat untuk Hasni dalam bentuk SD itu
diserahkan kepada Sultan Johor dengan harapan calon Menteri Besar daripada
Barisan Nasional (BN) itu akan dilantik semula ke jawatan berkenaan sebagaimana
dijanjikan kepada pengundi Johor pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu
namun ia gagal.
Namun kalangan pemerhati politik melihat ia sebagai kelemahan
Presiden Parti yang gagal berhujah dan meyakinkan Sultan Johor untuk
membolehkan Hasni terus kekal sebagai Menteri Besar.
Seolah menipu rakyat, gambar Hasni diayak ke seluruh negeri
Johor sebagai Poster Boy pada PRN kali ini dan akan dilantik sebagai MB tetapi
sebaliknya yang berlaku.
Ibarat membeli barang di atas talian ‘barang tempah lain, sampai
lain.
Ada pendapat mengatakan BN mendapat laba hasil perpecahan parti
pembangkang, jika tidak keadaan sebaliknya pasti berlaku.
Isu pelantikan Menteri Besar ini pasti menjadi isu utama pada
Perhimpunan Agong UMNO dan kredibiliti Zahid benar-benar tercabar sehingga
sudah ada yang mengelarkannya sebagai badut dan bapuk kerana gagal pertahan
pendirian parti.
Hasni adalah calon tunggal BN. Akar umbi parti agak terkilan
beliau gagal dilantik. BN janjikan kepada pengundi Hasni akan menjadi MB,
pastinya rakyat Johor mahu janji itu ditunaikan.
Ada cakap-cakap dikatakan ada ‘tangan ghaib’ yang benar-benar
mahukan Onn dilantik sebagai Menteri Besar.
Soalnya, bagaimana beliau mahu meneruskan pemerintahan dengan 38
dari 40 ADUN BN menyokong Hasni? Bagaimana jika berlaku undi tidak percaya di
Sidang Dewan Undangan Negeri?.
Nampaknya masih belum reda lagi bahang politik di Johor.