SANUSI BUKAN ASET PN TAPI ASET PH/BN

 

Norman Radzuan.



Kini Sanusi bukan lagi hero tetapi liabiliti PN

SANUSI BUKAN ASET PN TAPI ASET PH/BN


Mungkin di kampung2 cara Sanusi berpolitik digemari tetapi menurut pemerhati politik, di peringkat tertinggi parti dan PN sendiri, aksi atau kelakuan Sanusi yg dulu dilihat hero kini menjadi liabiliti.


Bermula dgn aksi sindir menyindir dgn Tengku Mahkota Johor, body shaming kpd Menteri, menghina PM dan menghina Sultan Selangor ia sudah keterlaluan dan hanya membawa mudarat kpd PN sendiri.


Ia hanya menyukarkan kerjasama PN dgn Istana. Malah implikasi tentukan juga melibat Institusi Istana negeri Kedah kerana Sanusi dilihat telah mengguris hati perasaan Istana Johor dan Selangor. 


Rakan saya di Kedah beritahu rakyat negeri itu mula berkata kata dgn kelakuan tidak sopan Sanusi. Ada beranggapan gaya Sanusi bukan sepatutnya ada kpd kepimpinan Kedah.


“ Tak lojik seorang Menteri Besar memaki ‘ kepala bapa hang ‘ dan menghalalkan cara itu. Ia seolah olah mengajar rakyat negeri Kedah menggunakan bahasa yg dianggap kasar atau kurang ajar kpd seseorang,” ujar rakan lama di negeri Jelapang Padi tersebut.


Saya pula tambah minyak sambil disambut ketawa, “Hero apa, polis call tak mahu jawab. Rafizi ajak berdebat tak berani. Dia ni jenis berani depan walaun je. Jenis mai dengar ceramah walaun terkagum dgn lawak2 dan makian dia. Dia tahu yg duduk dkt bawah tu bukan tau apa.”


Rakan pensyarah Universiti malam tadi berborak politik dgnnya memberitahu kelakuan Sanusi hanya menyukarkan PN atau PAS sendiri utk berurusan dgn Istana apatah lagi dgn kerajaan pusat.


Katanya walaupun PAS menang di Kedah jika Sanusi menjadi Menteri Besar ia hanya menyukarkan kerajaan negeri pimpinan PAS memajukan negeri tersebut. Apatah lagi Sanusi berdepan dgn saman dan akan disaman seperti didakwa Mantan MB Selangor, Amirudin.


Malah isu REE ini tidak akan berakhir hingga PRN. Ia akan menjadi lebih serius dan dijangka akan berlaku dakwaan salah guna kuasa oleh SPRM selepas PRN ini. Begitu juga kes Sanusi dgn Istana Selangor telah dibawa ke peringkat siasatan polis.


Kebijaksanaan Saifuddin membongkar secara bersiri telah membuatkan ceramahnya bukan sahaja dinanti oleh rakyat Kedah, media tetapi Sanusi sendiri. Semua ingin tahu apa cerita seterusnya.


Penganalisis politik berkata Sanusi seperti dlm keadaan ‘panik’ apabila siri ceramahnya dilihat beliau bukan berkempen utk parti tetapi utk peribadi.


Disebabkan itu Sanusi perlu disenyapkan dan juga bukan lagi calon Menteri Besar Kedah andaikata PAS memenangi pilihanraya negeri. Sanusi hanya akn menyulitkan kerajaan negeri atau PN memenangi PRN nanti kerana terpalit dgn pelbagai kes siasatan.


Bagi saya Sanusi bukan aset utk PN lagi tetapi aset kpd Kerajaan Perpaduan.  Lagi byk Sanusi bercakap, lagi byk Kerajaan Perpaduan mendapat kelebihan.



No comments: