JUWAIRIYA TAWAR MANIFESTO- AZMIN JANGAN BERANGAN LEBIH

 



Manifesto peringkat DUN akan memudahkan pengundi untuk membuat pilihan dan membandingkan tawaran


Manifesto DUN telah menjadi satu fenomena dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), terutama di kawasan yang wujud persaingan sengit antara calon calon bertanding.

Manifesto tenpatan merupakan dokumen terbaik bagi membolehkan pengundi menilai pihak manakah yang lebih baik tawarannya apabila mendapati sukar untuk memilih.

Sehubungan itu, calon N18 Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli hari ini melancarkan manifesto DUN dengan 6 Teras yang akan menjadikan kawasan berkenaan lebih baik, selesa dan selamat untuk dihuni.

"Kita merangka agenda Hulu Kelang ini dengan 6 teras pendekatan realistik menggabungkan elemen praktikal dengan matlamat yang boleh dicapai.

"Saya yakin pengundi hari ini, mereka tidak ingin melihat kita menjanjikan bulan dan bintang tetapi apa yang kita boleh laksanakan dan capai dengan sasaran kita itu


"Jadi saya tekankan agenda Hulu Kelang ini merupakan satu gerak kerja 5 tekad untuk 5 tahun selari seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Besar sebelum ini.

"Jika kita teliti agenda Hulu kelang ini adalah untuk memenuhi keperluan jengka pendek komuniti juga menawarkan solusi mampan untuk mencapai aspirasi jangka panjang penduduk," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.

Teras pertama, kata Juwairiya, merupakan agenda menyangkut masalah kehidupan seharian rakyat dan beliau menetapkan penyelesaian segera bagi masalah dibangkitkan penduduk, terutama mengenai masalah jalan dan projek pembentungan yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan di kawasan DUN berkenaan.


"Proses penurapan jalan di AU1 dan AU5 akan disegerakan. Isu ini sudah seakan sinonim dengan Hulu Kelang. Maka dengan apa cara sekali pun, saya harus segerakan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Keramat dan Hulu Kelang.

"Saya telah pun bertemu dengan Menteri Nik Nazmi yang bertanggungjawab dengan projek pembentungan tersebut dan beliau telah memberi komitmen untuk menyegerakan isu ini.

"Pagi tadi semasa saya berkempen mereka telah pun memulakan kerja penurapan jalan.

"Ini menunjukkan komitmen saya. Saya akan terus mendesak jalan untuk segera disiapkan," katanya.

Di samping itu, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu juga berjanji menubuhkan pasukan bomba dan penyelamat komuniti, juga pasukan perubatan dengan ambulan; slot khas untuk aktiviti rekreasi wanita di kemudahan sukan awam; khidmat sokongan berkaitan kesihatan mental untuk semua peringkat umur secara percuma; pencahayaan jalan lebih baik dan pemasangan kamera litar tertutup di tempat kurang perhatian serta meningkatkan aktiviti kepolisan komuniti dengan kerjasama PDRM.

Juwairiya turut mengumumkan 5 agenda lain yang tidak kurnag pentingnya, iaitu Menegakkan Islam sebagai Cara Hidup; Memartabatkan dan Mendayaupaya Wanita; Memangkin Potensi Anak Muda; Merancakkan Aktiviti Ekonomi dan Peluang Kerjaya serta Membela Nasib Orang Asli.


Menurut mantan ADUN Bukit Melawati itu lagi, beliau sedaya upaya akan menyediakan khidmat nasihat undang-undang keluarga secara percuma sebagai agenda utama kepada wanita, juga mengetengahkan dan memperkasakan wanita dalam komuniti.

Selain itu, rancangan khusus untuk para belia dengan mewujudkan Hab Pembangunan Anak Muda di Hulu Kelang untuk meningkatkan potensi belia melalui kursus pengaturcaraan komputer, kelas bahasa, dan latihan TVET mini.

Sebagai seorang pencinta alam, Juwairiya juga berjanji akan memberi perhatian khusus kepada hak rakyat Hulu Kelang untuk menikmati alam sekitar yang hijau.

Katanya, beliau komited untuk melindungi zon hijau di kawasan Taman Melawati sebagai ekosistem semula jadi yang berfungsi.

Untuk rekod, Juwairiya akan bertembung satu lawan satu menghadapi mantan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. Difahamkan Juwairiya dan Azmin dibesarkan di kawasan DUN Hulu Kelang.

 

No comments: