1. Saya tengok video penjelasan saudara Syazmi Syazli tentang masalah air di Kelantan. Videonya tidak menyentuh soal politik, cuma menegur soal keperluan air bersih yang diperlukan rakyat Kelantan.
2. Rentetan itu, penyokong tegar PAS menyatakan apa masalah dengan air keruh, bukan najis pun. Seorang lagi menulis, beliau melihat air Kelantan biru bukannya keruh kerana melihatnya dengan hati yang bersih.
3. Aduhai, sesatnya.
4. Dalam video yang lain pula, saya melihat banner PMX ditebuk, diconteng dan dipijak.
5. Saya risau dangan cara politik PAS ini. Kepelampauan dan ketaksuban sesetengah pemimpin dan penyokongnya boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menggugat keselamatan negara.
6. Anak-anak muda. Pemimpin dan parti sebegini tidak layak untuk menerajui negara dan perlu ditolak.
7. Video ini adalah seruan dan rayuan saya supaya kita dapat sama-sama mempertahankan negara ini dari kepelampauan dan ketaksuban.
~ Prof. Dato’ Mohammad Agus Yusoff