MAHATHIR MERABAN LAGI. APA KATA MUHYIDDIN,NAJIB DAN AANWA..HANGPA SOKONG ANWAR BIAR ATOK SESOQANG

 

Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat menolak Najib Razak.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaafkan bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa menghancurkan Umno.

Dalam wawancara di Malaysia Gazette, beliau ditanya adakah bersedia memaafkan Najib sepertimana beliau memaafkan Anwar Ibrahim.

“Tidak, itu berbeza. Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya.

“Itu dia (Najib) buat, dia buat betul-betul sampaikan orang benci pada Umno,” katanya.

Mahathir berkata ketika Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke-13 pada 2013, Najib mempunyai lebih banyak penyokong berbanding beliau semasa beliau memerintah.

“Tetapi sekarang ini, orang tolak Pak Lah, orang tolak Najib. Najib tampil lebih buruk berbanding Pak Lah,” katanya merujuk kepada pengganti beliau, Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menghabiskan 22 tahun pertamanya ketika berkuasa dengan “mempersiapkan” Najib untuk menggantikan beliau. Namun, tidak lama selepas Najib memegang jawatan itu pada 2009, Mahathir mengkritiknya, mengatakan hubungan antara kaum dilihat semakin memburuk dan persekitaran perniagaan semakin sukar.

Serangan berlarutan selama bertahun-tahun, dan Mahathir pada Januari 2018 menawarkan dirinya sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan sementara pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim berada dalam tahanan penjara.