Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi
Fadzil menafikan bahawa satu sidang media yang menampilkan Presiden KEADILAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Fahmi pemakluman sidang media
yang menggunakan nama beliau dan Biro Komunikasi KEADILAN adalah palsu dan
direkayasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menafikan sekeras-kerasnya
pihaknya atau parti akan mengadakan sidang media di tempat dan waktu yang
ditularkan.