INI LAH YANG DINAMAKAN LEBAI MALANG- DUA DUA KAKI LALUT




Ahmad Dasuki  menang saman kes fitnah terhadap Miqdad Zakaria

 

SHAH ALAM, 2 MAC 2021 – Sebagaimana yang di tulis oleh ustaz sebelum ini terhadap tulisan dan apa jua fitnah yang di ruangan Medsos atau apa sahaja ruangan yang ada, para pemfitnah akan di kenakan berhadapan dengan dua mahkamah. satu di dunia, dan satu lagi mahkamah akhirat.

ألحمد لله
Pada hari ini Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani telah hadir memberi keterangan Di Mahkamah Kuala Terengganu bagi taksiran gantirugi ke atas saman fitnah yang dilakukan oleh Miqdad Zakaria. Selaku pengerusi Amanah Marang Trengganu. Ustaz Ahmad Dusuki diwakili oleh firma Tetuan Srihana Mohamad & Partners melalui Peguamnya Mohd Jamil Bin Yaacob bersama Wan Srihana Wan Mohamad. Mahkamah bersetuju Dan memberikan taksiran gantirugi sebanyak RM200,000 beserta kos untuk kes pertama Dan kes kedua sebanyak RM200,000 beserta RM50,000 untuk gantirugi teladan beserta kos.

Bagi pihak Ustaz Ahmad Dusuki mengharapkan agar setiap para pemfitnah mengambil iktibar dari setiap tulisan mahu pun ucapan yang keluar dari bibir kalian. Moga Allah selamatkan kita semua dari sifat keji itu. Ini baru Mahkamah dunia.. ada satu lagi mahkamah akhirat. Kemenangan ini untuk perjuangan Islam.

(Admin)