MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Terima Kasih IDE kerana menerbitkan survei mood rakyat untuk
pasca 1 tahun kerajaan PN.
Hasil survey ini tidak mengejutkan saya sebab dari dulu lagi
saya sudah jangka ia akan berlaku. PRN Sabah dan dwi standard SOP adalah
kemuncak kemarahan rakyat pada kerajaan Pimpinan Muhyidin Yasin.
Dengan penyusutan KDNK paling teruk semenjak 1998, hasrat Muhyidin
untuk menang dalam PRU15 yang di jangkakan selepas darurat Ogos ini akan
menjadi malap.
Demographic pengundi yang marah dengan kemelesetan ekonomi dan
menteri-menteri kabinet yang berkerja macam auto-pilot tidak mampu
menyelamatkan lakonan Muhyidin Yasin membaca doa di hadapan TV.
Muhyidin Yasin hari ini adalah persis Najib Razak waktu PRU14,
mereka berdua terputus dari realiti. Dan mereka berdua membawa bagasi politik
yang sangat besar. Rosmah di zaman Najib sama denagn Azmin di zaman Muhyidin
Yasin. Dua-duanya adalah dead weight.
Harapan Muhyidin Yasin untuk kekal berkuasa tipis jika UMNO
tidak mahu berkompromi dan masuk bertanding 3 penjuru.
Ingat, jika BN berkuasa, kita akan lihat pula MP-MP dari Bersatu
& PAS menganjur temu janji menjadi kluster mahkamah; jadi PRU15 ini adalah
do or die bagi Muhyidin Yasin.