TERIMA KASIH IDE MENGELUARKAN DATA TENTANG MOOD RAKYAT

 


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Terima Kasih IDE kerana menerbitkan survei mood rakyat untuk pasca 1 tahun kerajaan PN.

Hasil survey ini tidak mengejutkan saya sebab dari dulu lagi saya sudah jangka ia akan berlaku. PRN Sabah dan dwi standard SOP adalah kemuncak kemarahan rakyat pada kerajaan Pimpinan Muhyidin Yasin.

Dengan penyusutan KDNK paling teruk semenjak 1998, hasrat Muhyidin untuk menang dalam PRU15 yang di jangkakan selepas darurat Ogos ini akan menjadi malap.

Demographic pengundi yang marah dengan kemelesetan ekonomi dan menteri-menteri kabinet yang berkerja macam auto-pilot tidak mampu menyelamatkan lakonan Muhyidin Yasin membaca doa di hadapan TV.

Muhyidin Yasin hari ini adalah persis Najib Razak waktu PRU14, mereka berdua terputus dari realiti. Dan mereka berdua membawa bagasi politik yang sangat besar. Rosmah di zaman Najib sama denagn Azmin di zaman Muhyidin Yasin. Dua-duanya adalah dead weight.

Harapan Muhyidin Yasin untuk kekal berkuasa tipis jika UMNO tidak mahu berkompromi dan masuk bertanding 3 penjuru.

Ingat, jika BN berkuasa, kita akan lihat pula MP-MP dari Bersatu & PAS menganjur temu janji menjadi kluster mahkamah; jadi PRU15 ini adalah do or die bagi Muhyidin Yasin.