K PRAGALATHApril 29, 2025
Siasatan kes ke atas mantan perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob baharu sahaja mencapai 15-20 peratus, jelas Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia.
Ini kerana siasatan ke atas pengisytiharan harta mengambil masa yang
Panjang, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.
“Mengisytiharkan satu hal, yang pentingnya dari segi memastikan apakah
yang diisytiharkan itu benar atau tidak,” katanya ketika ditemui di satu
persidangan anti-rasuah.
Azam juga mengesahkan bahawa Ismail akan dipanggil semula untuk
merekodkan kenyataan. Setakat ini Ismail sudah merekodkan kenyataannya Sembilan
kali.
Perisytiharan harta telah dilaksanakan pada 10 Feb. Siasatan dimulakan
pada 19 Feb.
Enam hari lain Ismail dipanggil untuk soal siasat dan setiap sesi
mengambil masa enam jam.
Ismail sedang disiasat ekoran penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta
dan 16 kilogram jongkong emas di beberapa lokasi.
No comments:
Post a Comment