DI SEBALIK PERANG MULUT SITI KASSIM DENGAN ADNAN YAAKOB DI LOBI MAHKAMAH, BANTU PERJUANGKAN HAK ORANG ASLI

 



Ramai orang sibuk cerita pasal bekas MB Pahang dan peguam Siti Zabedah Kassim perang mulut semalam. Tapi hampir semua tak fokus isu penting kenapa Siti Kassim di Mahkamah semalam mewakili kaum asli Jakun. 


Dibawah ialah kronologinya:


1990-an: Tanah Orang Asli Jakun di Kota Tinggi diambil oleh Kerajaan Negeri Johor untuk Empangan Linggiu, Johor.  Empangan dibina dengan kerjasama PUB Singapura  untuk bekalan air kepada Singapura.


2000: Walaupun mereka tiada geran tanah tetapi Mahkamah mengiktiraf tanah adat milik mereka dan Kerajaan Negeri Johor diarah membayar pampasan RM38 juta, RM22 juta dari jumlah tersebut dimasukkan ke Tabung Amanah.


2008: Salah seorang pemegang amanah, S. Kanawagi guna RM7 juta dana amanah beli 27 unit kondominium di Lanai Gurney Heights. Hasil sewa dia beli lagi  30 unit atas nama anaknya, Dinesh Kanavaji. Jumlah keseluruhan 57 unit.

Firma guaman terlibat: Tetuan Khana & Co.


2009: Tabung Amanah Linggiu Valley Orang Asli saman Dinesh, Kanawagi & firma guaman.


2016–2020: Mahkamah arah semua 57 unit dipulangkan kepada Tabung Amanah.


2023: Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah membenarkan penjualan 57 unit kondominium tersebut oleh RHB Trustees Berhad, pemegang amanah semasa, tanpa pengetahuan atau persetujuan masyarakat Orang Asli. 


2024: Sebanyak 65 Orang Asli memfailkan saman untuk membatalkan perintah penjualan tersebut atas alasan tidak dimaklumkan dan tiada persetujuan diberikan. 


2025 (28 April): Mahkamah batal penjualan oleh RHB Trustees Berhad  — unit kekal milik Tabung Amanah. Jualan masa depan mesti ikut harga pasaran, tender terbuka & prosedur telus.


Nota: Orang Asli di wakili oleh peguam Rabia Abd Halim dan dibantu oleh Siti Zabedah Kasim.


Sumber: FB Kamazuki Junuh




No comments: