MUSANG KING RAUB - DULU BUAT KARNIVAL, SEKARANG DITEBANG?

 No photo description available.


Maka, benarlah kata l Ketua Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar melalui Sinar hari ini yang berkata, ada dalang dari dalam yang 'menghalalkan' penerokaan dan pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri ini. "Perasuah perlu ditebang, bukannya pokok durian".

Kenyataan beliau itu selari dengan kenyataan tegas dari Ketua Gerak Nasional, Datuk Mohamad Ezam Noor yang menyatakan isu pencerobohan tanah oleh pekebun-pekebun di Raub itu lebih kepada mahu mencetuskan isu perkauman bukannya mahu menyiasat sepenuhnya mengapa perkara itu dibiarkan berpuluh tahun yang lalu?

Kenyataan dari kedua tokoh tersebut sukar untuk saya nafikan apabila saya menoleh kembali ke belakang beberapa tahun yang lalu. Bukankah suatu ketika kerajaan negeri juga terlibat menjayakan pesta dan karnival durian di Raub, bahkan pernah dibawa ke Ibu Kota, Kuala Lumpur dalam pesta durian?

Bagaimana mungkin durian-durian dari 11,000 hektar di Raub yang dibawa untuk karnival yang turut dihadiri oleh MB Pahang itu datangnya dari "tanah haram"? Persoalannya, benarkah pekebun itu menceroboh tanah haram atau di"beri kebenaran" untuk berkebun tetapi bukan percuma?

Kita bertanya, dulu boleh dan tidak disentuh, tetapi disaat rakyat sedang menolak kerajaan sekarang ini, mengapa ianya ditimbulkan? Paling memeningkan kita dikaitkan dengan Dap. Lebih pening lagi, ianya muncul di era MP Raub itu dari Dap walaupun Melayu, sedangkan berpenggal-penggal sebelum itu Parlimen Raub itu diwakili oleh MCA dari kaum Cina. Waktu MCA jadi MP Raub, tiada kebun durian Musang King yang ditanam di tanah haram? Jadi haram bila Dap jadi MP?

Cukuplah bermain dengan isu perkauman. Jika mahu telus, buatlah setelusnya bukan separuh masak. Jangan ada tuduhan terpilih. Gunakan budi bicara bila menghulum dan letakkan keadilan itu pada tempatnya. Jangan dimusnahkan hasil yang Allah turunkan hanya kerana mengikut nafsu amarah dan kepentingan politik semata-mata.

WFAUZDIN NS