Umno akan terus bersandiwara. Ditahap
manusia,adalah mustahil biawak berekorkan ikan. Biawak tetap biawak bukan
buaya.
Seramai 14 pemimpin terdiri dari pemimpin
UMNO telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Perdana
Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin terdiri dari mereka yang bertaraf kanan atau
kiri.
Mereka
ini dicalonkan oleh Umno untuk TS Mahiaddin senaraikan sebagai menteri dan
timbalan menteri. Bila kerajaan PN dikatakan gagal oleh DS Zahid Zahid semasa
sidang akhbar sehabis mesyuarat MT Umno yang terbaru baru-baru ini,seolah-olah
UMNO tak wujud dalam kabinet.
Kenapa
kegagalan harus TS Muhyiaddin yang pikul walhal yang gagal adalah kerajaan PN
yang terbukti UMNO turut gagal..!
UMNO gambarkan yang berjayanya adalah mereka.
Sebagai pembangkang kepada kerajaan PN pun mereka kononya nampak cemerlang dan
sebagai kerajaan pun mereka hebat.
Dari
menteri kesihatan UMNO,yang organise Vaksin pun menteri dari UMNO,yang
tiap-tiap hari umumkan jumlah mangsa covid serta umumkan PKP,PKPD dan lockdown
pun dari UMNO. Tiba-tiba diletakkan 100% kegagalan keatas TS Mahiaddin. UMNO
tak gagal?
Kita dikelentong hidup-hidup oleh UMNO dengan sandiwaranya…!
Lebih parah lagi,ketua pembangkang pun percayakan UMNO. Betapa naifnya Ketua Pembangkang dengan taktik dan strategi UMNO sehingga terikut-ikut rentak UMNO yang akhirnya NO ANWAR,NO DAP yang tercalar wibawa dan kredibilitinya adalah Pakatan Harapan…!