Pas tolak wakil Umno dalam kerajaan Kelantan
MSO
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri (Pam) tidak bercadang untuk lantik wakil Umno dalam Kerajaan Kelantan sebagai Exco. Alasan yang diibaratkan olehnya Umno Kelantan masuk ke dalam kerajaan Pas seperti masuk dalam rumah sudah siap.
Jadi tidak ada keperluan untuk melantik wakil Umno. Wow la. Dalam keadaan rumah sudah siap menurutnya “rohok” untuk pinda dan bawa masuk Umno. Apakah alasan yang sama juga akan terpakai dalam pilihan raya nanti, kerana “rumah sudah siap” maka semua kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Pam tidak akan diberikan kepada Umno? Dan kerana sedap duduk kerusi-kerusi ditandingi Umno akan ikut ditentang oleh Pas macam dalam Piraum lalu?
Melihat cara Mohd Amar berkecek, orang Umno Kelantan bolehlah mula buat sifir kali-kali bagaimana untuk hadapi pilihan raya akan datang. Jika Umno ada maruah jawaban Mohd Amar itu sudah cukup memberi faham, bahawa Pam Kelantan tidak pelahap kepada Umno. Itu tanda Pam dan tunding punggung kata orang.
Umno Kelantan tidak payah jadi hidung tidak mancung pipi pula tersorong, ataupun menanam betik jantan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia mungkin tumbuh tetapi tak berbuah. Wow la. Trims.